[PERSPEKTIF] KEAZAMAN ADALAH KUNCI PERMAINAN SAYA – GIROUD

Giroud-goal-Arsenal-Brighton-Hove-Albion-2013Olivier Giroud berjaya mempamerkan peningkatan sejak tiba di kota London pada musim panas lalu termasuk menjaringkan 4 gol dalam 2 perlawanan terakhir bersama The Gunners. Penyerang antarabangsa Perancis itu berjaya membantu Arsenal menewaskan Brighton and Hove Albion 3-2 kelmarin untuk mara ke pusingan ke-5 Piala FA menentang Blackburn Rovers di laman sendiri pada 16 Februari ini.

“Kami sentiasa memerlukan keazaman (yang tinggi). Saya fikir itu sangat penting dalam bola sepak,” kata Olivier Giroud kepada Arsenal.com.

“Dan bila kami tidak memilikinya (keazaman), kami gagal beraksi dengan baik kerana itu kami memerlukannya. Itu sangat penting bagi saya dan keseluruhan pasukan kami. Kami membuktikannya malam ini (kelmarin).”

“(Untuk gol pertama) Lukas (Podolski) memberikan bola kepada saya di kedudukan yang betul dan saya cuba melakukan rembatan yang tepat dan tidak terlalu kuat. Saya sukakannya. Saya sering melakukannya semasa sesi latihan.”

“Saya suka gol kedua kerana saya berjaya melakukan larian yang baik dan Abou (Diaby) melakukan hantaran yang luar biasa. Saya sering gagal menyudahkannya dan (kelmarin) saya berjaya melakukan dengan baik.”

Goal-Arsenal-vs-Brighton-FA-Cup-2013Penyerang berusia 26 tahun nyata gembira dengan pencapaiannya setakat ini meskipun terlepas peluang untuk mencatatkan hatrik dalam dua perlawanan terakhir. Namun, Giroud mensasarkan untuk mencatatkan hatrik pertamanya bersama The Gunners dan membantu meraih kejuaraan musim ini. Sehingga kini, penyerang kelahiran Chambery, Perancis itu sudah menjaringkan 13 gol dan menghasilkan 9 assist dalam 32 perlawanan.

“Saya semakin hampir untuk mencatatkan hatrik sekali lagi. Saya akan meneruskan kerja keras saya untuk berjaya dan menjaringkan hatrik pertama saya,” kata Giroud lagi.

Sementara itu, Arsene Wenger menghampurkan pujian terhadap peningkatan yang dipamerkan oleh Olivier Giroud dan percaya kelebihan fizikal yang dimiliki oleh penyerang antarabangsa Perancis bakal menjadi tunjang kekuatan jentera serangan Arsenal. Pengurus Arsenal itu turut memuji usaha keras Theo Walcott yang telah menjaringkan gol kemenangan ke atas Brighton pada minit ke-85 meskipun bermula di bangku simpanan.

“Sangat penting untuk memenangi (menentang Brighton) dan melayakan diri kerana kami tahu jika berhadapan kelab bawahan, situasi tidak begitu baik untuk pasukan. Jadi, keyakinan kami sangat baik ; Giroud dan Walcott menjaringkan gol,” kata Arsene Wenger.

olivier-giroud-with-koscielny-and-walcott“Kami berjaya melepasi halangan dengan mengharungi beberapa perlawanan sukar walaupun kurang menyenangkan. Tetapi Brighton memberi tentangan yang sengit.”

“Dia (Giroud) bermula agak perlahan dan menjadi semakin kuat dan hebat. Dia menamatkan separuh masa kedua dengan sangat baik. Apabila dalam situasi menyerang sukar untuk mengawalnya.”

“Penyerang tinggi lampai ini kuat dan pantas lebih daripada apa yang orang fikirkan. Dia memiliki sentuhan penyudah yang hebat. Dia memiliki apa yang diperlukan untuk beraksi selaku center foward ; kekuatan fizikal.”

“Dia memberi sesuatu kelainan. Saya percaya dia dan Theo merupakan gandingan terbaik. Tanpanya hari ini (kelmarin), situasi pastinya sukar,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply