[PERSPEKTIF] JACK WILSHERE BAKAL KAPTEN ARSENAL – WENGER

Jack-Wilshere-Arsenal-future-captainArsene Wenger menegaskan keputusan menyerahkan lilitan kapten kepada Jack Wilshere dalam perlawanan Rabu lalu merupakan keputusan Thomas Vermaelen sendiri. Pertahanan antarabangsa Belgium berusia 27 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-58 dan digantikan dengan Laurent Koscielny kerana mengalami kecederaan buku lali. Jack Wilshere pula diserahkan lilitan kapten selepas penolong kapten, Mikel Arteta turut diketepikan kerana kecederaan.

“Jujurnya, Vermaelen melakukan keputusan itu dan saya membiarkannya,” kata Wenger.

“(Wilshere) secara semulajadinya merupakan seorang pemain yang tidak takut dengan apa-apa di atas padang dan itu petanda dirinya seorang kapten. Dia sentiasa mahukan kemenangan dan membuktikannya.”

“Sudah pastinya, dia akan menjadi salah seorang kapten kepada kelab ini – dan dia sudah bersedia. Kapten ialah seseorang yang melakukan segala-galanya di atas padang untuk kemenangan pasukan. Dia sudah melakukannya.”

“Jika anda bertanya kepada saya adakah saya akan menarik jawatan kapten dari Vermaelen, (jawapan saya) pastinya tidak. Tetapi saya rasa Jack akan menjadi kapten kepada kelab ini suatu hari nanti.”

“Pertamanya, kerana dia memiliki kualiti sebagai seorang pemain. Keduanya, komitmennya dan keinginan untuk menang. Dan pemahaman tentang perlawanan. Dia sangat memahami bola sepak dengan baik dan memiliki deria di atas padang untuk melakukan sesuatu.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply