[PERSPEKTIF] GERVINHO MAHU MENJADI PEMAIN HEBAT ARSENAL

Gervinho-Ivory-Coast vs-Portugal-2010Penyerang Arsenal, Gervinho melaungkan keyakinan bahawa dirinya mampu mengikut jejak langkah Thierry Henry, Ian Wright dan Cesc Fabregas menjadi pemain hebat yang ditandatangani oleh Arsenal. Sejak menyertai The Gunners pada Julai 2011, penyerang antarabangsa Ivory Coast masih bergelut untuk membukti kemampuan dirinya dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama pilihan Arsene Wenger.

Musim ini, Gervinho berjaya melakukan 19 kemunculan dalam kesebelasan utama dengan menjaringkan 5 gol dalam 7 perlawanan pertama. Namun, penyerang berusia 25 tahun ini tengelam di sebalik kecemerlangan yang dipamerkan oleh Theo Walcott yang berjaya meledak 14 gol dalam 22 perlawanan musim ini. Gervinho kini diberi pelepasan bersama Ivory Coast dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (CAF).

“Saya mahu terus berada di sini (Arsenal) untuk tempoh masa yang lama, melakukan yang lebih baik seperti pemain-pemain terdahulu,” kata Gervinho kepada Goal.com.

“Saya tidak terfikir untuk pergi ke mana-mana ketika ini. Saya berada di kelab terbaik di dunia. Saya juga berada di bawah kendalian pengurus terbaik di dunia.”

“Saya sentiasa mahu berada di sini untuk jangka masa panjang, bukannya jangka masa pendek.”

Arsenal kini masih bergelut untuk mendapat konsistensi musim ini yang kini berada di kedudukan ke-6 Liga Perdana Inggeris, 16 mata di belakang pendahulu liga Manchester United. Tetapi penyerang antarabangsa Ivory Coast itu menegaskan bahawa dia masih kekal positif dengan kemampuan dan keupayaan Arsenal untuk bangkit dari permulaan hambar musim ini.

gervinho-yao-goal-vs-olympiakos“Ia bukannya mudah apabila pasukan kesayangan anda berada dalam situasi sukar. Kami berusaha untuk tidak terlalu memikirkan terlalu banyak mengenainya selepas perlawanan.”

“Kami bertanggungjawap dengan apa yang berlaku kepada kelab. Persekitaran di bilik persalinan baik sekali. Kami cuba bertenang dan memenangi perlawanan setiap minggu.”

“Kadang-kadang segalanya berjalan lancar tetapi kami harus fokus dan kekal positif untuk perlawanan mendatang dalam pemikiran kami. Kami mengharungi saat-saat yang sukar dalam liga tetapi setiap kali kami berusaha untuk bangkit dan memberikan yang terbaik.”

Pemain berusia 25 tahun itu melengkapkan perpindahan dari kelab Ligue 1, Lille pada 12 Julai 2011 dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai £10.8 juta turut megakui teruja dengan corak permainan dan sokongan peminat bola sepak Inggeris. Sehingga kini, Gervinho sudah melakukan 52 penampilan dengan menjaringkan 9 gol bersama The Gunners sejak 18 bulan yang lalu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply