[PERSPEKTIF] FABREGAS MUNGKIN KEMBALI KE ARSENAL – WENGER

Wenger-revealed-Fabregas-back-to-ArsenalArsene Wenger percaya bahawa bekas skipper Arsenal, Cesc Fabregas akan kembali menyertai Arsenal suatu hari nanti. Pengurus Arsenal itu berkata bahawa kehilangan Fabregas yang kembali menyertai kelab Catalan menyaksikan dia kembali membentuk bakat-bakat muda Inggeris dalam usaha untuk membina skuad Arsenal yang mantap. Pemain tengah Sepanyol itu meninggalkan Arsenal ke Barcelona pada 15 Ogos 2012 dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta.

Cesc Fabregas menyertai akademi Arsenal pada 11 September 2003 ketika berusia 16 tahun dari akademi La Masia. Pemain berusia 25 tahun ini mengharungi 8 musim bersama The Gunners dengan melakukan 303 penampilan serta menjaringkan 57 gol dan 100 assist. Arsene Wenger gagal untuk menghalang Fabregas daripada kembali ke pangkuan Barcelona namun menegaskan bahawa Arsenal masih tersemat di hati pemain tengah Sepanyol itu.

“Saya bukan mahu meyakinkan bahawa Arsenal trainingFabregas akan kembali ke sini (Arsenal) suatu hari nanti,” kata Arsene Wenger baru-baru ini.

“Dia (Fabregas) merupakan ‘Arsenal man’. Dia sangat menyayangi Arsenal dan menonton setiap perlawanan Arsenal. Tetapi Barcelona adalah kampung halamannya di mana dia membesar di sana.”

“Dia tidak akan kembali dalam 2-3 tahun akan datang tetapi mungkin selepas itu. Itu merupakan titik penting bagi saya. Dan itu sangat penting bagi kami mengekalkan konsistensi.”

“Apabila kami melihat polisi kami seperti polisi pemain muda dan itu sangat penting untuk mengekalkannya di kelab sehingga berusia 23 tahun dan ke atas. Jika mereka sudah berakar umbi dengan Arsenal, ia adalah lebih mudah untuk memastikan mereka kekal (di sini).”

Wenger menegaskan bahawa dirinya sedang berusaha untuk memberi peluang untuk menyerlahkan potensi yang dimiliki oleh pemain-pemain muda British termasuk Jack Wilshere, Aaron Ramsey, Oxlade-Chamberlain, Kieran Gibbs dan Carl Jenkinson yang telah menandatangani kontrak baru bersama The Gunners pada pertengahan Disember yang lalu. Namun, masa depan seorang lagi pemain muda Inggeris bersama Arsenal, Theo Walcott masih belum dimuktamadkan lagi.

“Theo (Walcott) memberi petanda positif kepada penyokong bahawa dia tidak akan meninggalkan Arsenal. Kami belum memuktamadkannya lagi.”

“Kami memerlukan tempoh masa untuk mengekalkan pemain bersama bagi tempoh 8-9 tahun seperti Patrick Vieira, Thierry Henry. Apa yang kami mahu pemain terus kekal dan bermain bersama-sama,” kata pengurus berusia 63 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply