[PERSPEKTIF] DAVID BECKHAM MENJADI INSPIRASI KEPADA PEMAIN MUDA ARSENAL

David-Beckham-training-in-Arsenal-2013Arsene Wenger menyambut gembira kedatangan David Beckham menjalani latihan bersama skuad utama Arsenal dan yakin kehadiran bekas kapten skuad kebangsaan England itu akan memberi inspirasi kepada pemain-pemain muda Arsenal. Pemain berusia 37 tahun itu kini tidak mempunyai kelab sejak meninggalkan LA Galaxy pada Disember lalu mula menjalani latihan bersama The Gunners selama beberapa minggu bagi mengekalkan kecergasannya.

Namun, Wenger menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengekalkan Beckham secara tetap di Stadium Emirates. Pengurus Arsenal itu berharap pemain-pemain Arsenal mendapatkan nasihat-nasihat dari pemain yang hebat seperti David Beckham sekaligus memberi impak besar kepada pembangunan skuad muda The Gunners.

“Dia (Beckham) sangat hebat, itulah sebabDavid-Beckham-free-kick-training mengapa dia berada di sini,” kata Wenger.

“Beckham tiba di sini awal pagi (semalam) dan dia melakukan (latihan) dengan baik.”

“Pemain muda Inggeris berjumpa dan mendapatkan nasihat daripadanya. Dia memberikan nasihat yang sangat positif dan bagus.”

“Dia memiliki kualiti yang hebat dan melakukan dengan maksimun sepanjang kariernya. Mengapa? Kerana dia cintakan bola sepak.”

“Selepas sesi latihan di berada di sini dan bermain (bersama pemain Arsenal). Dia memberi contoh teladan yang baik.”

David+Beckham+Trains+Arsenal+2013-001Sebelum ini, bekas bintang antarabangsa England itu pernah menjalani latihan bersama Arsenal pada Januari 2008. Semenjak meninggalkan LA Galaxy bulan lalu, David Beckham mendapat beberapa tawaran daripada Queens Park Rangers, West Ham, AS Monaco dan beberapa kelab dari Brazil, China dan Afrika Selatan. Namun, pemain berusia 37 tahun itu memilih untuk menjadi free agent sehingga musim panas ini.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply