[PERSPEKTIF] BAYERN MUNICH SEBUAH PASUKAN YANG MANTAP – MERTESACKER

bayern-munich-vs-arsenal-recordPer Mertesacker percaya bahawa kunci utama kejayaan Arsenal dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini adalah prestasi mereka sebelum perlawanan menentang Bayern Munich. Skuad kendalian Arsene Wenger bakal menanti kunjungan Bayern Munich di Stadium Emirates pada 19 Februari depan sebelum bertandang ke Allianz Arena pada 13 Mac 2013. Namun, pertahanan antarabangsa Jerman itu teruja menjelang pertemuan dengan juara Eropah 5 kali dan yakin The Gunners mampu menjinakan kelab gergasi Bundesliga itu.

“Mungkin ia merupakan peluang yang bagus untuk kami berdepan mereka (Bayern) pada bulan Februari kerana kami akan berada pada rentak terbaik kami,” kata Per Mertesacker.

“Kami mengharap laluan yang mantap selepas Krismas dan kami boleh melakukannya dengan baik. Kami memiliki potensi dan Bayern pastinya sedar mereka bakal menghadapi skuad Arsenal yang semakin mantap pada bulan Februari nanti.”

“Kami perlu menunjukkan bahawa ia bukan sekadar potensi yang menjadikan kami pasukan yang hebat sebaliknya kami perlu membuktikannya sehinggalah perlawanan Liga Juara-Juara nanti.”

“Bayern memiliki pemain yang bagus dan berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap. Itulah yang lebih penting – sebuah pasukan dengan setiap individu yang bagus bersatu,” katanya lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply