[PERSPEKTIF] ARSENE WENGER MAHU REHATKAN JACK WILSHERE

Jack-Wilshere-disappointed-lost-to-Man-CityArsene Wenger percaya bahawa tiada batasan untuk pemain muda Arsenal, Jack Wilshere mempamerkan aksi mantap dan bertenaga namun pengurus Arsenal itu bimbang dengan harapan tinggi peminat terhadapnya. Wilshere kembali beraksi bersama The Gunners pada Oktober lalu selepas berehat panjang kerana kecederaan lutut dan buku lali yang serius namun pemain berusia 21 tahun itu berjaya memberi persembahan konsisten dan mantap.

“Jangan lihat sebarang batasan untuk Jack. Apa yang penting dia berusaha untuk membina kariernya. Segalanya nampak berjalan lancar,” kata Wenger kepada Arsenal Player.

“Saya mengendali ramai pemain-pemain hebat dalam hidup saya, tetap yang paling penting dalam karier mereka ialah sentiasa berusaha untuk mempamerkan peningkatan. Setiap hari mereka akan memberikan 100% fokus.”

“Jack merupakan antara pemain yang mahu sentiasa mempamerkan peningkatan. Dia memiliki sikap yang baik dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan (persembahannya).

“Dia baru berusia 21 tahun dan dia berjaya mengembalikan prestasinya dalam masa yang singkat. Saya percaya di England, mereka melindungi pemain dengan membangunkan mereka secara semulajadi tanpa tekanan.”

Jack_Wilshere_vs_Man_City_2012Arsene Wenger mengakui Jack Wilshere menerima tekanan yang hebat namun pemain muda itu berjaya mengekalkan kualiti permainan setiap perlawanan bersama Arsenal. Pengurus Arsenal itu bersedia untuk merehatkan pemain berusia 21 tahun ekoran kepulangan Abou Diaby namun kecederaan yang dialami oleh Mikel Arteta menyaksikan Wilshere akan terus menjadi sandaran mengemudi bahagian tengah Arsenal.

“Mungkin (tidak akan merehatkan) dalam tempoh masa ini tetapi pada peringkat akan datang saya akan melakukannya,” kata pengurus berbangsa Perancis itu.

“Ketika ini, saya tidak fikir dia sangat tertekan kerana dia baru pulih tetapi dia kelihatan semakin mantap dan bertenaga. Saya sangat positif denganya dan ketika ini saya tidak akan merehatkannya.”

“Dia (Wilshere) seorang pemain yang memiliki pusat graviti yang rendah dan sangat bagus apabila berhadapan dengan pemain-pemain lawan.”

“Saya percaya berdasarkan pemerhatian saya seperti yang ada lihat dalam perlawanan menentang Man City. Dia sangat yakin untuk melepasi pemain lawan,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply