[PERSPEKTIF] ARSENAL SAMA SEPERTI BARCA – WENGER

Arsenal-vs-Barcelona-2011Arsene Wenger menegaskan bahawa Arsenal bersedia untuk berbelanja besar pada jendela perpindahan ini namun fokus utama pengurus berbangsa Perancis ini adalah untuk mengekalkan skuad yang sedia ada. Ironinya, pengurusan Arsenal kini sedang berusaha untuk mengekalkan Theo Walcott di mana perbincangan mengenai kontrak baru yang masih menemui jalan buntu sejak Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, Wenger menegaskan bahawa Arsenal memiliki kewangan yang kukuh untuk dibelanjakan dan bersedia untuk membawa masuk nama-nama besar pada pasaran perpindahan pemain. Di sebalik isu perbelanjaan besar untuk membeli pemain, Wenger menegaskan keutamaan perancangan jangka masa panjang untuk pembangunan pemain-pemain remaja.

“Perancangan saya ialah untuk mengekalkan pemain yang sedia ada dan membawa beberapa orang pemain. Kami akan berbelanja,” kata Arsene Wenger kepada talkSPORT.

“Kami berjaya untuk membina stadium dan kekal di dalam pasaran saham. Kami gagal menjadi juara Liga Perdana tetapi kami sentiasa berada di peringkat tertinggi. Kini, kami sudah mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk berbelanja besar.”

“Cara yang sama kami lakukan seperti FC Barcelona. Kami menghasilkan pemain-pemain utama dari akademi sendiri. Pemain-pemain dari luar hanya di bawa masuk untuk memberi nilai tambah kepada¬† kelab,” katanya lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply