[PERSPEKTIF] ARSENAL PILIH OLIVIER GIROUD DARIPADA DEMBA BA

Olivier-Giroud-celebrate-goal-Arsenal vs-Schalke-04Arsene Wenger mengakui dirinya keliru untuk memilih antara Olivier Giroud atau Demba Ba pada jendela perpindahan musim panas lalu. Namun, akhirnya The Gunners memilih penyerang Montpellier yang juga merupakan pemenang Kasut Emas Ligue 1 musim 2011/12 dengan bayaran perpindahan dianggarkan £12 juta. Sementara itu, Demba Ba membuktikan ketajamannya apabila berjaya meledak dua gol ketika Arsenal menentang Newcastle United hujung minggu lalu.

“Ketika itu, Olivier Giroud atau Demba Ba berada di pasaran perpindahan musim panas lalu, mereka memiliki persamaan,” kata Arsene Wenger.

“Saya sedikit waspada dengan kecederaan lutut yang dialami oleh Ba meskipun ramai yang mengatakan masalah itu dapat diatasi dan dicegah.”

“Saya merasa sedikit waspada terkait dengan suara-suara tentang cedera lutut Ba, tetapi seseorang mengatakan masalah yang ia miliki dapat diatasi dan dapat dicegah.”

“Segelintir orang mengatakan bahawa dia gagal pemeriksaan kesihatan di Stoke City tetapi saya mendengar sesuatu yang positif daripadanya.”

“Saya pasti Chelsea akan melakukan pemeriksaan rapi ke atasnya sebelum mereka menandatanganinya dan jika tidak mereka akan menghadapi masalah.”

Demba-Ba-join-ChelseaSehingga kini, pemilihan Wenger dilihat kurang tepat lantaran Demba Ba berjaya menjaringkan 13 gol dalam 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris berbanding Olivier Giroud yang hanya meledak 6 gol daripada 19 perlawanan liga setakat ini. Penyerang antarabangsa Senegal berusia 27 tahun itu kini sah menjadi milik Chelsea dengan menandatangani kontrak selama 3 tahun setengah.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply