[PERSPEKTIF] ABOU DIABY PEMAIN PENTING BAGI KAMI – WENGER

Abou-Diaby-with-Wenger-on-trainingArsène Wenger mahu Abou Diaby menikmati karier bersama Arsenal meskipun sering dihimpit masalah kecergasan sejak mengalami kecederaan buat pertama kali ketika menentang Sunderland pada musim 2005/06. Pemain tengah Perancis berusia 26 tahun itu kembali beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal ketika menentang Manchester City hujung minggu lalu selepas 3 bulan diketepikan kerana kecederaan pangkal paha.

“Itu merupakan masalah utama bagi dia (Abou) – dia juga menyedarinya,” kata Wenger.

“Dia sudah melakukan segala-galanya tetapi anda tidak perlu memberi tekanan kepadanya. Anda boleh lihat bagaimana dia berusaha keras dan fokus setiap hari kerana apabila dia menderita kerana kecederaan tetapi dia sangat professional.”

“(Abou) Diaby seorang yang sangat serius dalam kehidupannya. Dia tidak mabuk, tidak merokok dan sangat fokus semasa sesi latihan.”

“Dia boleh bertahan, boleh menyerang dan sangat kuat untuk mencabar pemain lawan. Dia mampu mengelecek dan melakukan hantaran dengan baik. Dia mampu mengubah arah permainan dan melakukan hantaran lintang. Dan dia sangat bagus di udara dan memiliki stamina yang hebat.”

Arsenals-Francis-Coquelin-vs-SwanseaPengurus berbangsa Perancis itu turut memuji persembahan mantap yang dipamerkan oleh Francis Coquelin mengisi kekosongan di bahagian defensive midfielder ekoran kecederaan yang menimpa Mikel Arteta. Coquelin bergandingan bersama Diaby ketika membantu Arsenal menewaskan Swansea 1-0 dalam perlawanan Piala FA Rabu lalu. Pemain berusia 21 tahun mneghabiskan musim 2010/11 selaku pemain pinjaman bersama FC Lorient.

“Apa yang Coquelin lakukan agak bagus. Kualitinya membantu pasukan bertahan dengan baik. Dia mempunyai kemampuan untuk mengatasi pemain lawan dan merampas bola dengan baik,” kata pengurus berusia 63 tahun itu.

“Saya percaya peringkat ini sangat apabila pemain mencecah usia 19 tahun dan dia tidak dapat beraksi secara kerap. Kami perlu memberi peluang kepadanya mendapat pengalaman.”

“Terdapat 2 kelebihan. Saya membantu menyerlahkan potensinya dan memberi pengalaman beraksi di peringkat tertinggi serta meyakinkan dia memiliki peluang untuk berjaya,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply