[PERSPEKTIF] AARON RAMSEY PERLU DIPINJAMKAN – HARTSON

Aaron-Ramsey-vs-Swansea-FA-Cup-2013John Hartson menasihati agar Aaron Ramsey mencari kelab lain dan meninggalkan Arsenal secara pinjaman bagi mengembangkan kariernya. Pemain berusia 22 tahun itu dilihat terdesak untuk meningkatkan persembahannya selepas gagal beraksi secara kerap bersama Arsenal. Musim ini, Aaron Ramsey telah diturunkan sebanyak 28 kali namun hanya 6 kali beraksi dalam kesebelasan utama The Gunners.

John Hartson, 37, merupakan bekas pemain Arsenal yang beraksi dari 1995 hingga 1997 dengan meledak 14 gol daripada 54 perlawanan. Lantaran itu, Hartson mengesa agar pemain antarabangsa Wales itu dipinjamkan ke kelab lain bagi memastikan proses pembangunannya berjalan lancar sebelum kembali ke dalam skuad utama Arsenal. Terdahulu, Aaron Ramsey baru menandatangani kontrak baru untuk terus kekal di Stadium Emirates sehingga 2017.

“Saya rasa dia (Ramsey) harus banyak bermain. Mungkin dia perlu meninggalkan Arsenal sebagai pemain pinjaman kerana dia jarang mendapat peluang beraksi (dalam kesebelasan utama) di Arsenal,” kata John Hartson kepada BBC Sport.

“Saya pasti Arsene Wenger tahu Ramsey merupakan pemain di bahagian serangan kerana itu dia (Wenger) tidak mahu melepaskannya untuk perjanjian baru (pinjaman).”

“Saya merasa dia tidak serasi dengan posisinya yang bermain di sebelah kiri (menentang Swansea) kerana dia tampak mudah kehilangan bola.”

“Dia telah melakukan banyak perkara baik dalam perlawanan tersebut tetapi jelasnya Arsene Wenger tidak mersakan itu adalah prestasi terbaik Ramsey kerana dia membawa keluarnya.”

Pemain antarabangsa Wales ini pernah dipinjamkan ke Nottingham Forest dan Cardiff City pada musim 2010/11 selepas pulih dari kecederaan patah tulang kaki. Sehingga kini, Ramsey sudah beraksi dalam 127 perlawanan dengan menjaringkan 10 gol bersama The Gunners sejak tiba dari Cardiff City pada 10 Jun 2008. Hartson turut menegaskan bahawa Ramsey merupakan antara pemain muda berbakat yang dimiliki oleh Arsenal.

“Dengan Arsenal memiliki (Mikel) Arteta, (Jack) Wilshere, (Theo) Walcott, (Santi) Cazorla, (Alex) Oxlade-Chamberlain, mereka merupakan pemain-pemain berbakat di bahagian tengah,” kata bekas pemain Arsenal itu.

“Jadi segalanya bergantung Aaron (Ramsey) untuk meningkatkan persembahannya setiap minggu dan di padang latihan.”

“Saya tidak fikir dia gagal untuk bersaing di peringkat ini kerana dia berjaya melakukannya sebelum dia cedera dan saya pasti dia mampu melakukannya.”

“Dia (Ramsey) perlu bermain dan bermain dengan penuh senyuman, mendapat kembali rentak permainan bola sepaknya,” kata Hartson lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply