[PERSPEKTIF] AARON RAMSEY GEMBIRA DENGAN PERANAN BERTAHAN

Aaron-Ramsey-pleased-with-defensive-roleAaron Ramsey percaya dirinya semakin berkembang dan meningkat dengan peranan baru di bahagian tengah Arsenal. Pemain berusia 21 tahun itu memulakan aksi selaku defensive midfielder dalam perlawanan menentang West Ham United pada Rabu lalu dan sekali lagi diturunkan ketika menentang Brighton and Hove Albion dalam saingan Piala FA hujung minggu lalu. Aaron Ramsey nyata gembira dengan persembahannya dan yakin untuk terus mempamerkan peningkatan selepas ini.

“Saya rasa saya telah beraksi dengan baik dalam 2 perlawanan terakhir,” kata Ramsey kepada Arsenal Player.

“Itu sangat mengembirakan saya dan saya berharap untuk terus mengekalkan kedudukan saya dalam skuad ini. Semoga saya akan terus diturunkan dalam perlawanan akan datang.”

“Saya telah berjumpa dengan pengurus minggu lalu dan dia menjelaskan kepada saya apa yang diperlukan untuk peranan baru saya ini. Saya rasa saya sudah melakukan yang terbaik dalam beberapa perlawanan terakhir dan saya rasa bagus untuk diri saya.”

“(Saya) sering tersekat dan merampas bola kembali, terlibat dengan lebih banyak dan menghasilkan lebih banyak sentuhan-sentuhan ke atas bola. Jadi saya berharap saya dapat meneruskan rentak ini.”

“Saya mendapat bola di dalam kotak penalti dua kali (ketika menentang Brighton) mungkin itu tidak sukar bagi saya tetapi saya melihat ke hadapan dan di mana Abou Diaby berada. Saya masih bergerak ke hadapan tetapi lebih terbatas seperti apa yang telah saya lakukan,” kata Ramsey lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply