[PERPINDAHAN] MAROUANE CHAMAKH SERTAI WEST HAM SECARA PINJAMAN

Marouane-Chamakh-on-loan-West-HamMarouane Chamakh menyertai West Ham United secara pinjaman sehingga ke penghujung musim 2012/13 selepas gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal ekoran kehadiran dua penyerang baru, Olivier Giroud dan Lukas Podolski pada jendela perpindahan Ogos lalu. Musim ini, Chamakh cuma beraksi 2 kali dalam kesebelasan utama pada saingan Piala Capital One dan 2 kali hadir selaku pemain gantian sekaligus menyaksikan penyerang berusia 28 tahun itu dipinggirkan oleh negaranya daripada Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2013.

Penyerang antarabangsa Maghribi itu melakukan 67 kemunculan bersama The Gunners sejak menyertai Arsenal dari kelab Ligue 1, Bordeaux pada Mei 2010 dengan menjaringkan 14 gol. Kepulangan Robin van Persie dari kecederaan panjang pada musim 201/11 menyaksikan Chamakh kian disisihkan sekaligus menyaksikan bekas penyerang Bordeaux itu kini bergelut untuk mendapat prestasi sebenarnya.

Meskipun gagal mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama musim ini, Chamakh berjaya menjaringkan 2 gol ketika membantu Arsenal menewaskan Reading 7-5 dalam saingan Piala Capital One pada 30 Oktober lalu. Penyerang yang bakal mencecah usia 29 tahun pada 10 Januari ini merupakan seorang penyerang prolifik di Ligue 1 France dengan menjaringkan 79 gol daripada 293 penampilan bersama Bordeaux.

Buat Marouane Chamakh, selamat maju jaya bersama West Ham United.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply