[PERPINDAHAN] KAMI SEDANG BERKERJA KERAS – WENGER

arsene-wenger-in-summer-transfer-2012Arsene Wenger mengakui dirinya masih berkerja keras dalam usaha membawa dua pemain baru ke dalam skuad Arsenal pada jendela perpindahan Januari ini. Meskipun dikaitkan dengan beberapa nama-nama besar sejak bulan lalu namun The Gunners masih belum menandatangani pemain baru. Pengurus berbangsa Perancis itu menegaskan dirinya hanya akan membawa masuk pemain berkualiti dan memiliki potensi besar dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Ya (Saya masih mahukan dua pemain). Kami sedang bekerja keras,” kata Arsene Wenger.

“Ia tidak mengenai kuantiti pemain yang dibawa masuk tetapi kualiti. Saya tidak boleh memberikan sebarang nama. Saya tidak mahu berbicara mengenai khabar angin kerana ia akan meletakkan pasukan dalam situasi kurang baik.”

“Anda harus menghormati pemain yang masih memiliki kontrak dengan sesebuah kelab, masih bermain dan selagi perjanjian belum dimuktamadkan adalah lebih baik untuk kita tdak berbicara mengenainya kerana ia tidak memberikan sebarang hasil,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply