[PERPINDAHAN] HANNOVER 96 SEMAKIN HAMPIR DAPATKAN DJOUROU

johan-djourou-ac-milan-vs-arsenalKelab Bundesliga, Hannover 96 dilaporkan membuka pintu rundingan untuk mendapatkan pertahanan Arsenal, Johan Djourou. Pertahanan antarabangsa Switzerland itu hanya melakukan dua kemunculan bersama The Gunners musim ini dijangka akan menjalani pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat di AWD-Arena dan dijangka akan meninggalkan Arsenal secara pinjaman sehingga ke penghujung musim ini.

Pertahanan berusia 25 tahun ini terdesak untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal di mana belum pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Johan Djourou menandatangani kontrak professional pada 1 Ogos 2003 sejak tiba dari kelab Liga 1 Swiss, Etoile Carouge. Hannover 96 dilihat sangat berminat mendapatkan Djourou secara pinjaman namun presiden kelab, Martin Kind mengesah belum ada perjanjian setakat ini.

“Saya cuba dapat mengesahkan bahawa kami sangat berminat untuk membawa Johan Djourou ke AWD-Arena,” kata Martin Kind kepada Bild.

“Dia (Djourou) dalam senarai pendek kami dan terdapat rundingan dengan Arsenal yang masih berjalan.”

“Kami tidak mahu membuat keputusan terburu-buru. Tetapi dalam tempoh 2 minggu ini sesuatu mungkin terjadi.”

“Kami akan membawanya secara pinjaman sehingga penghujung musim ini dan kami akan mempertimbangkan keputusan mengenai masa depannya,” kata presiden kelab Hannover 96 itu lagi.

Kontrak Djourou bersama Arsenal bakal tamat pada 2015 namun dirinya ini menjadi pilihan ke-4 selaku center back selepas Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker. Pertahanan berusia 23 tahun ini terdesak untuk beraksi bagi mengukuhkan tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan Switzerland. Selain Hannover 96, beberapa kelab lain turut berminat mendapat khidmat Johan Djourou.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply