[PERPINDAHAN] DJOUROU SETUJU DIPINJAMKAN KE HANNOVER 96

johan-djourou-leaves-emiratesJohan Djourou akan menyertai kelab Bundesliga, Hannover 96 secara pinjaman sehingga ke penghujung musim ini selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan baru-baru ini. Pertahanan antarabangsa Switzerland itu sudah beraksi dalam 144 penampilan bersama The Gunners sejak tiba dari Etoile Carouge pada 1 Ogos 2003 ketika berusia 16 tahun. Hannover 96 berharap kehadiran Djourou dapat membantu mengukuhkan benteng pertahanan mereka yang sudah dibolosi 31 gol daripada 17 perlawanan liga setakat ini.

Pertahanan berusia 25 tahun merupakan pemain paling senior dalam skuad Arsenal ketika ini dan telah memulakan debutnya bersama skuad utama Arsenal menentang Manchester City dalam saingan Piala Liga pada Oktober 2004. Namun, kegagalan mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas mejadi pilihan ke-4 di belakang Thomas Vermaelen, Per Mertesacker dan Laurent Koscielny menyaksikan Djourou mencari pintu keluar dari Stadium Emirates.

Pertahanan versetail ini turut memiliki kemampuan beraksi di posisi bek kanan dan pernah dipinjamkan ke Birmingham City pada musim 2007/08 dilihat terdesak untuk beraksi dalam kesebelasan utama bagi mengukuhkan kedudukannya dalam skuad kebangsaan Switzerland. Musim ini, Djourou cuma beraksi 2 kali bersama Arsenal dalam saingan Piala Capital One ketika membantu kemenangan ke atas Coventry City dan Reading.

Buat Johan Djourou, selamat maju jaya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply