[PERPINDAHAN] ARSENE WENGER BERMINAT DAPATKAN EDINSON CAVANI

cavani-napoli-manchester-city-national-turkArsene Wenger tidak dapat menyembunyikan minat terhadap penyerang sensasi Napoli, Edinson Cavani dalam usaha untuk mengukuhkan skuad menjelang jendela perpindahan yang bakal ditutup minggu hadapan. Edinson Cavani menampilkan aksi cemerlang dengan muncul selaku penjaring terbanyak dalam saingan Serie A dengan menjaringkan 16 gol setakat ini. Namun, pengurus Arsenal mengakui tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Uruguay itu.

“Cavani merupakan pemain yang saya suka. Apa yang tidak pasti ialah dia memerlukan perbelanjaan yang banyak,”kata Arsene Wenger.

Sementara itu, penyerang Crystal Palace yang merupakan prospek besar dalam bola sepak Inggeris turut menarik minat Arsene Wenger. Arsenal turut berdepan saingan dengan Manchester United selepas Ketua Pegawai Eksekutif, David Gill mengesahkan minat untuk mendapat pemain muda England berusia 20 tahun itu.

“Kami melihat (perkembangan) Zaha tetapi tiada bidaan dibuat,” kata pengurus berusia 63 tahun itu.

“Bila kami memantau mengenai seseorang pemain, Man United atau AC Milan turut berminat. Kebenarannya pasti sukar.”

Wenger mengakui cukup bersedia untuk aktiviti perpindahan pada minggu akhir sebelum jendela perpindahan ditutup.

“Harga selalunya tinggi pada permulaan jendela perpindahan dan menurun pada minggu akhir. Kadang-kadang mereka meningkatkan lebih harga pada minggu-minggu akhir tetapi itu bergantung. Dalam kebanyakan masa, (harga) mereka akan menurun. Anda perlu tahu bahawa 90% aktiviti perpindahan berlaku pada minggu terakhir jika tidak pada 48 jam yang terakhir,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply