[PERPINDAHAN] ARSENAL PANTAU PERKEMBANGAN YANN M’VILA

Pemain tengah Rennes, Yann M’Vila kembali hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Pemain berusia 22 tahun ini bakal menuju pintu keluar kelab Ligue 1 itu dan bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran pada jendela perpindahan Januari ini. Namun, The Gunners perlu menyedia perbelanjaan sekitar £12 juta jika mahu membawa khidmat M’Vila bagi mengukuhkan skuad musim ini.

“Saya masih di Rennes ketika ini jadi kita lihat apa yang akan berlaku,” kata M’Vila kepada Sky Sports.

“Jika saya menerima tawaran yang bagus dan saya suka destinasi itu maka saya pergi – tiada keraguan mengenainya. Selagi ia tidak terjadi, tiada apa yang bole saya katakan.”

Pemain defensive midfielder ini sudah memiliki 22 caps bersama skuad utama Perancis namun M’Vila telah digantung daripada menyertai skuad kebangsaan Perancis oleh France Football Federation (FFF) sehingga 30 Jun 2014 kerana melanggar peraturan mengunjungi kelab malam beberapa hari sebelum perlawanan play-off Kejohanan Eropah B-21 menentang Norway.

Arsenal dilaporkan mahu mendapatkan seorang pemain defensive midfielder bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alex Song. Selain Arsenal, Manchester City, Tottenham Hotspurs dan QPR turut berminat mendapatkan M’Vila yang telah beraksi dalam 139 perlawanan bersama skuad utama Rennes sejak 2009

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply