[PERPINDAHAN] ARSENAL MAHU PINJAM EDUARDO VARGAS

Eduardo-Vargas-vs-Daniel-Majstorovic-SSC-NapoliArsenal dilaporkan akan mengemukakan tawaran untuk mendapatkan penyerang Napoli, Eduardo Jesus Vargas secara pinjaman sehingga ke penghujung musim ini. Penyerang antarabangsa Chile bergelut untuk menyerlah dan menyesuaikan diri dalam saingan Seria A itu sejak berhijrah dari kelab Universidad de Chile dengan bayaran perpindahan £11.5 juta pada 23 Disember 2011. Kini, Eduardo Vargas turut dikaitkan dengan kepulangan ke Amerika Selatan bersama kelab Brazil, Sao Paulo.

Penyerang yang digelar sebagai ‘Alexis Sanchez Baru’ hanya melakukan 13 kemunculan dan gagal menjaringkan sebarang gol pada musim pertamanya bersama kelab yang berpangkalan di Naples ini. Musim ini, Vargas berjaya menjaringkan 3 gol dalam 15 perlawanan musim ini di mana penyerang berusia 23 tahun ini meledak hatrik ketika menentang AIK Fotboll dalam saingan Liga Europa pada 20 September yang lalu.

Arsene Wenger dilihat terdesak untuk mencari penganti Marouane Chamakh yang kini menyertai West Ham United secara pinjaman sementara kepulangan penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry secara pinjaman dari New York Red Bulls masih belum mencapai kata putus. Namun, The Gunners dilaporkan bersedia untuk mendapatkan Vargas secara tetap jika dia berjaya menyesuaikan diri dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Sehingga kini, penyerang antarabangsa Chile ini sudah memiliki 15 caps dan menjaringkan 2 gol.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply