[PERPINDAHAN] ARSENAL BURU KHIDMAT FLORIAN THAUVIN

Bastia-Florian-ThauvinKelab Ligue 1, Bastia mengesahkan Arsenal berminat mendapatkan pemain tengahnya, Florian Thauvin. Terdahulu, pemain tengah Perancis berusia 20 tahun itu menolak tawaran daripada Newcastle United kerana mahu beraksi dengan kelab yang lebih baik dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Presiden Bastia, Pierre-Marie Geronimi turut mengakui mendapat panggilan telefon daripada Arsene Wenger.

“Kami belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada Arsenal dan jadi tiada asas mengenai bidaan €5 yang dilaporkan itu,” kata Geronimi.

“Minggu ini, saya menerima panggilan telefon sebanyak 2 kali daripada Arsene Wenger. Dia menunjukkan minat terhadap pemain kami tetapi tidak lebih daripada itu.”

Arsene Wenger memaklumkan akan membawa masuk 2 pemain baru pada jendela perpindahan Januari ini namun merahsiakan butiran pemain tersebut. Florian Thauvin merupakan pemain attacking midfielder yang memiliki gaya permainan mirip Samir Nasri dan merupakan sebahagian daripada skuad Perancis B-20. Musim ini, Thauvin sudah beraksi dalam 20 perlawanan bersama Bastia dengan menjaringkan 3 gol.

This entry was posted in Perpindahan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply