[PERPINDAHAN] 5 PEMAIN YANG PERLU DITANDATANGANI OLEH ARSENAL JANUARI INI

Jendela perpindahan Januari sudah dibuka secara rasminya kelmarin dengan beberapa kelab EPL sudah mula menandatangani pemain-pemain termasuk Liverpool yang mendapatkan khidmat penyerang muda Chelsea, Daniel Sturridge. Namun, Arsenal masih lagi berteka-teki siapa pemain yang bakal dibawa masuk Januari ini. Di sini Arsenal4u.com menyenaraikan 5 pemain yang berkemungkinan besar akan ditandatangani oleh Arsenal.

1-THEO WALCOTT (ARSENAL)

Masa depan depan pemain berusia 23 tahun ini di Stadium Emirates terus menjadi tanda tanya selepas gagal mencapai persetujuan kontrak baru sejak Ogos lalu di mana kontrak asal bakal berakhir pada penghujung musim ini. Namun, kecemerlangan Walcott bersama The Gunners musim ini dengan meledak 14 gol daripada 21 perlawanan menyaksikan pengurusan Arsenal bersedia untuk memenuhi permintaan Walcott untuk menawarkan kontrak selama 5 tahun dengan bakal menerima gaji berjumlah £90,000 seminggu.

2-WILFRIED ZAHA (CRYSTAL PALACE)

Prospek muda England, Wilfried Zaha hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal bagi mengembangkan karier bola sepaknya. Penyerang berusia 20 tahun itu telah melakukan 120 kemunculan bersama Crystal Palace namun The Gunners perlu mengeluarkan perbelanjaan setinggi £20 juta jika mahu mendapatkan khidmat Zaha. Pemain kelahiran Abidjan, Ivory Coast ini berhijrah ke Thornton Heath, selatan London sejak berusia 4 tahun lagi dan sudah memiliki 1 caps antarabangsa bersama skuad senior England.

3-LUKE SHAW (SOUTHAMPTON)

Bek kiri England berusia 17 tahun ini terus dalam pemburuan Arsenal meskipun bidaan awal The Gunners untuk mendapatkannya pada musim panas lalu ditolak oleh pengerusi Southampton. Prestasi mantap yang dipamerkan oleh Luke Shaw bersama The Saint dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini mendorong Arsenal untuk terus berusaha memburu khidmatnya. Luke Shaw merupakan calon terbaik sebagai pelapis kepada Kieran Gibbs (23) dengan Arsenal perlu berbelanja sebanyak £5 juta untuk mendapat produk akademi bola sepak Southampton ini.

4-YANN M’VILA (RENNES)

Pemain tengah kental Perancis, Yann M’Vila sering dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal sejak beberapa musim kebelakangan ini. Pemain berusia 22 tahun ini dilihat antara calon sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alex Song selaku defensive midfielder lantaran memiliki corak pemainan yang keras dan hantaran yang tepat serta memiliki kerja keras. Sehingga kini, Yann M’Vila sudah beraksi dalam 139 perlawanan dengan Rennes dan memiliki 22 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Perancis.

5-STOPPILA SUNZU (TP MAZEMBE)

Tonggak skuad kebangsaan Zambia ini dilaporkan bakal menyertai The Gunners pada jendela perpindahan Januari ini. Pemain berusia 23 tahun ini menjadi kejayaan nadi kejayaan kelab Congo, TP Mazembe merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara CAF (2010), Piala Super CAF (2011) dan naib jura Piala Dunia Kelab FIFA (2010) serta membantu Zambia menjulang Piana Negara-Negara Afrika 2012 menewaskan Ivory Coast. Stoppila Sunzu beraksi di posisi defensive midfielder selain turut berkebolehan selaku pertahanan tengah sudah memiliki 32 caps bersama skuad kebangsaan Zambia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • perpindahan permain musim panas
  • Siapakah Holding Midfielder Masa Depan Arsenal
This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply