[LUMBA BASIKAL] KEHANGATAN LTdL 2013 KIAN DIRASAI

2013-Le-Tour-de-LangkawiKehangatan jelajah lumba basikal paling berprestig di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 kian dirasai yang bakal bermula 21 Februari ini. Jelajah ini dinaungi Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). LTdL 2013 dihangatkan dengan slogan ‘Bahang Kian Terasa’ atau ‘The Heat is On’

Edisi ke-18 ini bakal kembali memulakan kayuhan di pulau lagenda, Pulau Langkawi dan bakal berakhir di Kuala Terengganu. Perlumbaan berstatus 2.0HC (hors) ini bakal mengharungi 10 peringkat termasuk pendakian sukar di Cameron Highlands and Genting Highlands. Empat jersi bakal menjadi taruhan iaitu jersi Biru Proton untuk Raja Pecut, jersi Merah Genting Resort untuk Raja Bukit, jersi Putih Malaysia Airline untuk Jaguh Asia dan jersi Kuning Telekom Malaysia untuk juara keseluruhan.

Kehadiran jagoan antarabangsa termasuk jaguh pecut edisi tahun lalu, Andrea Guardini yang bakal bersama pasukan baru Astana Pro Team serta Pierre Rolland yang merupakan pelumba 10 terbaik dan pemenang peringkat bukit Tour de France mewakili pasukan Europcar. Lima pasukan ProTeam juga telah mengesahkan penyertaan untuk edisi kali ini adalah Garmin Sharp, Astana Pro Team, Omega Pharma – Quick Step Cycling Team, ORICA GreenEDGE dan Blanco Pro Cycling Team.

stage-2-putrajaya-to-melaka-ltdl-2012Dari segi kos perbelanjaan pula, penganjuran edisi ke-18 Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal menelan belanja RM16 juta iaitu peningkatan lebih daripada RM1 juta berbanding tahun lalu disebabkan kos tambahan untuk logistik yang diperlukan apabila kembali berlumba di Pulau Langkawi. Di samping itu, kos penganjuran turut meningkat disebabkan faktor penyiaran antarabangsa yang semakin meluas kepada lebih 100 negara dalam 21 bahasa dan peningkatan kualiti penyiaran kepada format definisi tinggi (HD).

Selain itu, kehadiran lebih banyak pasukan berstatus Pro Team turut menyebabkan peningkatan kualiti perlumbaan. Namun tiga bekas juara, Jose Serpa, Jose Rujano dan Jonathan Monsalve tidak menyertai edisi kali ini kerana sudah berpindah menyertai pasukan lain. Sementara, jaguh tempatan yang juga merupakan Raja Pecut LTdL 2010, Anuar Manan pula bakal bersama pasukan baru dari Azerbaijan, Baku Cycling Project.

Sementara itu, pasukan kebangsaan hadir dengan misi tersendiri untuk mengulangi pencapaian 14 tahun lalu apabila muncul selaku juara keseluruhan bagi kategori Asiamisi tersendiri yang perlu dilaksanakan oleh enam pelumba basikal negara yang akan berentap pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 bulan depan. Kehadiran jagoan-jagoan berkelas dunia bakal merancakkan lagi saingan jelajah edisi ke-18 ini.

Meskipun misi tersebut dianggap agak mustahil, pelumba negara, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi yang menggalas tugas selaku kapten pasukan tetap yakin dengan kemampuan pelumba yang disenaraikan pada tahun ini. Misi ini bakal disemarakkan menerusi kehadiran tiga lagi pelumba berpengalaman iaitu Amir Mustafa Rusli, Mohd. Nor Rizuan, Muhamad Rauf Nur Misbah dan dua pelumba muda, Ahmad Fakhrullah Alias serta Mohd. Ekbar Zaman Huri.

PERINGKAT PERLUMBAAN

Route-Map-LTdL-2013Peringkat 1 – Khamis, 21 Februari 2013 : Kangar – Kulim (163.7 km)

Peringkat 2 – Jumaat, 22 Februari 2013 : Serdang – Kuala Kangsar (116.0 km)

Peringkat 3 – Sabtu, 23 Februari 2013 : Sungai Siput – Cameron Highlands (145.5 km)

Peringkat 4 – Ahad, 24 Februari 2013 : Tapah – Kapar (168.0 km)

Peringkat 5 – Isnin, 25 Februari 2013 : Proton, Shah Alam – Genting (108.0 km)

Peringkat 6 – Selasa, 26 Februari 2013 : Mentakab – Kuantan (212.8 km)

Peringkat 7  – Rabu, 27 Februari 2013 : Kuantan – Dungun (149.8 km)

Peringkat 8 – Khamis, 28 Februari 2013 : Kuala Terengganu – Tanah Merah (164.5 km)

Peringkat 9 – Jumaat, 1 Mac 2013 : Pasir Puteh – Kuala Berang (123.6 km)

Peringkat 10 – Sabtu, 2 Mac 2013 : Tasik Kenyir – Kuala Terengganu (114.8 km)

Incoming search terms:

  • lumba basikal 2013
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply