[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-5

carta-liga-super-2013-perlawanan-ke-5Pahang terus mengukuhkan cengkaman di tahta Liga Super 2013 meskipun dipalit aib tumpas 3-2 kepada Selangor Sabtu lalu dengan mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Darul Mamur, Kuantan semalam. Dua gol menerusi Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-76 dan 90 dserta satu gol menerusi Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-77 mengembirakan lebih 20,000 penontong yang menyerakan sokongan padu terhadap skuad Tok Gajah.

Sementara itu, Darul Takzim FC mula mempamerkan kebangkitan apabila menundukkan PKNS FC 3-1 di Stadium Shah Alam. Skuad Red Ants kembali diperkuatkan dengan kehadiran penyerang import, Helmi Loussaief sementara Darul Takzim FC mempertaruhkan gandingan 3 serangkai, Safee Sali, Daniel Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha untuk mengempur pertahanan tuan rumah. Jurulatih Harimau Selatan, Fandi Ahmad pula nyata gembira dengan keserasian yang muda ditunjukkan oleh anak-anak buahnya.

PKNS FC terlebih dahulu mempamerkan aksi bertenaga di awal permainan dengan kawalan menarik bahagian tengah dipamerkan oleh Mohd. Fazli Baharuddin dan Mohd. Nazrin Syamsul Bahari. Namun, Safee sali berjaya mengejutkan tuan rumah apabila menanduk cantik hantaran lintang Daniel Guiza dari sebelah kiri pada minit ke-18 untuk Johor mendahului 0-1. Norshahrul Idlan pula hampir menambah gol kedua pada minit ke-35 selepas bijak memperdaya 3 pertahanan PKNS FC tetapi rembatannya melepasi palang.

Sebaik babak kedua bersambung, Harimau Selatan semakin gagar menggempur ke kubu lawan dan Ahmad Ezrie berjaya meledak gol kedua Johor pada minit ke-69 menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Remezy. Penyerang import, Daniel Guiza melengkapkan kemenangan mutlak Johor apabila dia yang tidak dikawal mudah menyudakan peluang terhidang pada minit ke-87. PKNS FC berjaya memperolehi gol saguhati pada minit-minit akhir perlawanan menerusi Mohd Faiz Mohd Isa.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-5

Selasa (22 Jan 2013)

T-Team 1 – 1 Lions XII
[1-0] Mohd Badrul Hisyam Morris 74’

Perak 1 – 1 Selangor
[0-1] Francis Forkey Doe 66’
[1-1] Abdul Hadi Yahya 81’

Pahang 3 – 0 Terengganu
[1-0] Mohd Hafiz Kamal 76’
[1-0] Mohd Fauzi Roslan 77’
[3-0] Mohd Hafiz Kamal 90’

Kelantan 0 – 0 Negeri Sembilan

ATM 2 – 0 FELDA United
[1-0] Marlon Alex James 14’
[2-0] Mohd Shukor Adan 55’

PKNS 1 – 3 Darul Takzim FC
[0-1] Safee Sali 18’
[0-2] Ahmad Ezrie Shafiezie 69’
[0-3] Daniel Guiza 87’
[1-3] Mohd Faiz Mohd Isa 90+3’

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply