[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-3

kelantan-vs-darul-takzim-15113Pertembungan buku bertemu ruas yang dinantikan oleh peminat-peminat bola sepak di Malaysia antara Kelantan yang menanti kunjungan Johor Darul Takzim FC berlangsung sengit dengan aksi berbalas serangan sebaik sepak mula. Penyerang kebangsaan, Safee Sali nyaris membuka tirai jaringan namun percubaan ‘bicycle kick’ pada minit ke-16 berjaya ditampan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Giliran Safiq Rahim dan Aidil Zafuan menguji gawang The Red Warrior menerusi sepakan percuma pada minit ke-26 dan 34 namun berjaya dinafikan oleh Khairul Fahmi. Penyerang Kelantan, Norfarhan Muhamad akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-37 menerusi gerakan solo dari tengah pada sebelum melepas rembatan kencang dari jarak 20m menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Mohd Zamir Selamat.

Sekembalinya dari rehat, Kelantan memperlahan tempo permainan namun Darul Takzim terus berusaha memburu gol penyamaan dengan memasukan Daniel Guiza mengantikan Nurul Azwan Roya pada minit ke-51 bagi menambah sengat jentera serangan. Safee Sali sekali lagi mengancam gawang Kelantan apabila menerima umpanan Guiza pada minit ke-54 namun tandukan tepat ke dakapan Khairul Fahmi. Indra Putra hampir mencatat nama selaku penjaring gol namun percubaan gagal menemui sasaran.

Kapten pasukan, Badhri Radzi turut mensia-siakan peluang Kelantan menambah jaringan apabila rembatanya pada minit ke-61 sedikit melewati palang gol. Darul Takzim FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan apabila sepakan percuma Daniel Guiza dari jarak 30m gagal dihalang oleh Khairul Fahmi. Meskipun kedua-dua pasukan terus mengasak memburu gol namun buntu menambah jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, Pahang terus mengekalkan rekod kemenangan 100% selepas berjaya membenam cabaran Negeri Sembilam 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Mohd Fauzi Roslan dan Mohd Faizol Hussain berjaya meletakkan skuad Tok Gajah mendahulu 2-0 sebelum Mohd Rahizi Mohd Rasib mengurangkan defisit jaringan untuk skuad Rusa pada minit ke-88. Nasib berbeza menimpa naib juara Liga Super musim lalu, Lions XII apabila tewas 1-0 kepada PKNS FC menerusi jaringan Mohd Nazrin Syamsul Bahari pada minit ke-78.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-3

Selasa (16 Jan 2013)

Terengganu 1 – 2 Selangor
[0-1] S. Kunalan 7’
[0-2] Mohd Amri Yahyah 16’
[1-2] Effa Owona 18’

Kelantan 1 – 1 Darul Takzim FC
[1-0] Norfarhan Muhamad 37’
[1-1] Daniel Guiza 64’

Perak 0 – 1 FELDA United
[0-1] Azmizi Azmi 41’

Pahang 2 – 1 Negeri Sembilan
[1-0] Mohd Fauzi Roslan 28’
[2-0] Mohd Faizol Hussain 74’
{2-1] Mohd Rahizi Mohd Rasib 88’

ATM 3 – 0 T-Team
[1-0] Mohd Shukor Adan 47’
[2-0] Rezal Zambery Yahya 65’
[3-0] Marlon Alex James 87’

PKNS FC 1 – 0 Lions XII
[1-0] Mohd Nazrin Syamsul Bahari 78’

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply