[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-2

carta-liga-super-game-2-2013Pendatang baru Liga Super 2013, Pahang terus gah di persada liga apabila menewaskan FELDA United 0-1 di gelanggang lawan. Skuad Tok Gajah yang masih segar dengan kejayaan menundukkan Darul Takzim FC 3-2 di Stadium Darul Makmur, Rabu lalu terus mencipta kejutan meskipun memerlukan jaringan lewat Mohamed Borji pada minit-minit akhir perlawanan. Sementara itu, Lions XII pula menduduki tempat kedua liga apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Selangor di Stadium Jalan Besar.

Juara treble musim lalu, Kelantan pula dikecewakan oleh T-Team 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Kealpaan benteng pertahanan The Red Warrior dihukum seawal minit ketujuh, apabila pemain muda The Titans, Mohd. Aizulridzwan Razali bijak menyudahkan umpanan pemain import, Caleb Folan. Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan mula memperkemaskan jentera serangan, namun masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan tuan rumah sehingga tamat perlawanan.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pula, skuad Harimau Selatan terpaksa berhempas pulas sebelum menjinak pasukan Perak 1-0 apabila Aidil Zafuan menanduk masuk sepakan sudut Safiq Rahim pada minit ke-49. Skuad Seladang di bawah kendalian Azraai Khor Abdullah terpaksa beraksi dengan 9 orang pemain selepas Mohd Khairi Kiman dan Hisyamuddin Md. Shaari dilayangkan kad kunig kedua pada minit ke-38 dan 45.

Beraksi dengan 9 orang pemain, pasukan pelawat dilihat lebih banyak bertahan dan Darul Takzim FC sepatutnya menambah lebih banyak gol namun ketangkasan penjaga gol terbaik Asia Tenggara, Farizal Marlias menjadi penghalang. Kemasukan penyerang kebangsaan, Safee Sali mengantikan Muslim Ahmad bagi membentuk gandingan 3 penyerang bersama Daniel Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha masih buntu menambah jaringan.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-2

Jumaat (11 Jan 2013)

Darul Takzim FC 1 – 0 Perak
[1-0] Mohd Aidil Zafuan 49’

FELDA United 0 – 1 Pahang
[0-1] Mohamed Borji 89’

Negeri Sembilan 0 – 0 Terengganu

Sabtu (12 Jan 2013)

T-Team 1 – 0 Kelantan
[1-0] Mohd Aizulridzwan 7’

Lions XII 1 – 0 Selangor
[1-0] Fazrul Nawaz 24’

PKNS FC 1 – 3 ATM
[0-1] Marlon Alex James 6’
[1-1] Mohd. Fazli Baharuddin 27’
[1-2] Marlon Alex James 64’
[1-3] Marlon Alex James 72’

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply