[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN 1

Pahang-vs-Darul-Takzim-FC-Jan-2012Pendatang baru Liga Super, Pahang berjaya mencipta kejutan meraih 3 mata apabila bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Skuad Tok Gajah hampir mengejutkan pasukan bimbingan Fandi Ahmad namun jaringan Nikolche Kleckaroski pada minit ke-9 dibatalkan kerana penyerang Pahang itu terlebih dahulu melakukan kekasaran ke atas penjaga gol Darul Takzim FC, Muhammad Al-Hafiz Hamzah.

Darul Takzim FC akhirya membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi tandukan Safiq Rahim yang bijak menyambut umpanan Dani Guiza sebelum Norshahrul Idlan Talaha menambah gol kedua pada minit ke-25. Namun, Pahang tidak mudah mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Fauzi Roslan pada minit ke-48 dan 72. R. Surendran muncul wira apabila mudah menolak masuk gol kemenangan skuad Tok Gajah 8 minit sebelum perlawanan tamat.

Sementara itu, finalis Piala Malaysia tahun lalu yang juga juara Piala Sumbangsih 2013, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipalit aib apabila tumpas 0-1 kepada Lions XII di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Kapten Lions XII, Shahril Ishak muncul wira pasukan pelawat apabila bijak memanfaatkan sepakan sudut pada minit ke-66. Meskipun anak buah B. Sathianathan cuba bangkit namun buntu untuk mencari gol penyamaan sehingga wisel penamat dibunyikan.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN 1

Selasa (8 Jan 2013)

Terengganu 1 – 1 FELDA United
[0-1] Mohamed Ghaddar 54’
[1-1] Ismail Faruqi 59’

Pahang 3 – 2 Darul Takzim FC
[0-1] Mohd Safiq Rahim 11’
[0-2] Norshahrul Idlan Talaha 25’
[1-2] Mohd Fauzi Roslan 48’
[2-2] Mohd Fauzi Roslan 72’
[3-2] R. Surendran 82’

Selangor 1 – 0 Negeri Sembilan
[1-0] S. Kunalan 66’

Perak 1 – 0 T-Team FC
[1-0] Mohd Nuraliff Zainal Abidin (OG) 90+4’

Rabu (9 Jan 2013)

ATM 0 – 1 Lions XII
[0-1] Shahril Ishak 69’

Kelantan 2 – 1 PKNS FC
[0-1] Mohd Helmi Remeli 13’
[1-1] Mohd Badhri Radzi 16’
[2-1] Zairul Fitree Ishak 90+2’

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply