[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-4

Amirul-Hadi-Zainal-vs Forkey-DoeRekod tanpa kalah Pahang akhirnya lebur di tangan Selangor apabila tumpas 3-2 di Stadium Shah Alam namun skuad Tok Gajah terus gah memimpin carta liga selepas 4 perlawanan. The Red Giant bermula baik apabila berjaya mendahului 2-0 menerusi jaringan bekas penyerang kebangsaan, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-3 dan 20 namun pasukan bimbingan Dollah Salleh bangkit merapatkan jurang gol apabila Mohd Fauzi Roslan menanduk masuk hantaran cantik Faizol Hussin pada minit ke-24.

Pahang menyamakan kedudukan apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-43 selepas R. Surendran dijatuhkan oleh Mohd Fairuz Abdul Aziz.  Sepakan penalti tersebut disempurnakan oleh Mohd Razman Roslan menewaskan penjaga gol Selangor, Sharbinee Allawee Ramli. Pemain gantian, Ramzul Zahini akhirnya muncul wira Selangor pada minit ke-80 tandukannya gagal dihalang oleh penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Md Nourdin.

Darul Takzim FC pula terus mencatatkan keputusan kurang memberansangkan apabila diikat seri 2-2 dengan ATM di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Namun, pasukan pelawat terlebih dahulu di depan seawal minit ke-5 apabila pertahanan ATM, Amiridzwan Taj Tajuddin menanduk masuk sepakan percuma Rezal Zambry Yahya. Penyerang import Harimau Selatan, Daniel Guiza menghukum kesilapan pertahanan ATM apabila meledak gol penyamaan menerusi sepakan lambung cantik pada minit ke-17.

The Gladiators kembali di depan apabila Irwan Fadzli Idrus berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-39. Skuad Fandi Ahmad tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol dua minit berselang selepas menerima hantaran lintang cantik dari Nurul Azwan Roya. Kedudukan 2-2 kekal hingga tamat perlawanan meskipun ATM terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Mohd Fitri Omar dibuang padang pada minit ke-82.

Sementara itu, pasukan Perak yang tercari-cari rentak kemenangan berjaya mencatatkan kemenangan 0-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Paroi. Ledakan tunggal penyerang gantian, Mohd Failee Ghazali pada minit akhir perlawanan berjaya memberikan kemenangan kedua buat skuad Kejor Yob Kejor yang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Mohd Hisyamuddin dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-88.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-4

Jumaat (19 Jan 2013)

FELDA United 0 – 0 Kelantan

T-Team 0 – 3 PKNS FC
[0-1] Zamri Morshidi 14’
[0-2] Patrick Ronaldinho 31’
[0-3] Muhamad Fakrul Aiman 71’

Darul Takzim FC 2 – 2 ATM
[0-1] Amirizwan Taj Tajuddin 5’
[1-1] Daniel Guiza 17’
[1-2] Irwan Fadzli Idrus 39’
[2-2] Norshahrul Idlan Talaha 40’

Sabtu (20 Jan 2013)

Lions XII 2 – 1 Terengganu
[0-1] Effa Owona 32’
[1-1] Safuan Baharudin 64’
[2-1] Syafiq Zainal 74’

Selangor 3 – 2 Pahang
[1-0] Mohd Amri Yahyah 3’
[2-0] Mohd Amri Yahyah 20’
[2-1] Mohd Fauzi Roslan 24’
[2-2] Mohd Razman Roslan (pen) 44’
[3-2] Mohd Ramzul Rahini 80’

Negeri Sembilan 0 – 1 Perak
[0-1] Mohd Failee Ghazali 90+4’

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply