[KOMENTAR] STEWART ROBSON KRITIK KONTRAK BARU UNTUK WALCOTT

Theo-Walcott-Everton-vs-Arsenal-2012Meskipun Theo Walcott yang dikhabarkan sudah mencapai persetujuan dengan kontrak baru yang ditawarkan oleh pengurusan Arsenal namun Stewart Robson mengkritik keputusan tersebut. Bekas pemain tengah The Gunners itu tidak bersetuju dengan keputusan menawarkan kontrak bernilai £24.5 juta kepada Theo Walcott yang bakal menerima gaji mingguan sebanyak £90,000 berdasarkan laporan media-media di UK.

Steward Ian Robson pernah beraksi bersama Arsenal dari 1981 hingga 1986 dengan melakukan 150 penampilan menegaskan bahawa Walcott perlu membuktikan kemampuan dirinya dengan mengekalkan konsistensi setiap perlawanan sebelum menerima imbuhan lumayan daripada pengurusan Arsenal. Bagi Robson, Walcott bukanlah seorang penyerang yang bagus walaupun berjaya menjaringkan banyak gol bersama Arsenal.

“Jika Olivier Giroud dan Lukas Podolski beraksi dengan baik dan Santi Cazorla terus meledak lebih banyak gol, Theo Walcott seharusnya meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan Januari (ini),” kata Stewart Robson.

“Theo Walcott hanya berada saat yang tepatManchester City v Arsenal - Premier League untuk untuk menjaringkan gol dan dibayar dua kali ganda dari yang sepatutnya.”

“Bagi saya, Theo Walcott bukan seorang pemain bola sepak yang baik. Dia hanya seorang atlit (pelari pecut) yang memakai sepasang but.”

“Dia sangat lincah dan pantas, kelihatan seperti mempunyai sentuhan penyudah yang baik tetapi keseluruhannya persembahannya masih belum cukup bagus.”

“Dia melakukan percubaan dan tersasar. Dia gagal mengawal bola dengan baik dan dia diubah posisi dari pemain sayap kepada center foward kerana kelihatan berkesan di bahagian serangan.”

“Saya tidak risau jika Theo Walcott meninggalkan (Arsenal). Dia memberi beban kepada pertahanan Arsenal. Jika Walcott mahukan bayaran yang lebih, saya akan lepaskan dia.”

“Saya berharap wang sebanyak itu sepatutnya digunakan untuk mengekalkan Robin van Persie, Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Alex Song dan semua pemain yang memiliki kualiti terbaik,” kata bekas pemain Arsenal berusia 48 tahun itu.

Musim ini, Theo Walcott tampil selaku penjaring terbanyak Arsenal musim ini dengan menjaringkan 14 gol daripada 21 perlawanan. Namun, Arsenal terdesak untuk mengekalkan penyerang kebangsaan England itu dengan kontrak asal bakal berakhir pada penghujung musim ini. Terdahulu, penyerang berusia 23 tahun ini telah menolak tawaran kontrak selama 5 tahun dengan gaji £75,000 seminggu dari Arsenal pada Ogos lalu.

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply