[KOMENTAR] SEGALANYA AKAN MENJADI BAIK DI ARSENAL – BERGKAMP

Dennis-Bergkamp-FATVLagenda Arsenal, Dennis Bergkamp melaungkan keyakinan terhadap kemampuan Arsenal menjelang pertemuan ulangan pusingan ke-3 Piala FA menentang Swansea di Stadium Emirates awal pagi esok. Bekas penyerang Arsenal berusia 43 tahun ini memuji proses pembangunan pemain-pemain muda khusus bakat-bakat muda Inggeris lantaran perubahan polisi Wenger yang mula melahirkan lebih ramai pemain-pemain muda Inggeris berbanding dengan pada era awal penglibatannya selaku pengurus Arsenal.

Dennis Bergkamp menyertai Arsenal dari Internazionale pada Jun 1995 dengan bayaran perpindahan bernilai £7.5 juta. Sepanjang bersama Arsenal, bekas penyerang antarabangsa Belanda ini 120 gol dalam 345 penampilan dengan turut berjaya menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 trofi Piala FA dan 3 Perisai Komuniti. Dalam temubual bersama FATV, penyerang lagenda Arsenal itu mengakui tertekan dengan kemampuan Arsenal untuk bersaing merebut kejuaraan sejak beberapa musim kebelakangan ini.

“Masalah utama sudah tentu semua akan menjadi OK. Kami beraksi di laman sendiri, jadi kami perlu menewaskan mereka,” kata Dennis Bergkamp.

“Tetapi jika mereka mampu melepasinya dan itu akan membuka peluang yang lebih besar untuk mara lebih jauh.”

“Ia sangat hebat bagi Arsenal dan untuk bola sepak Inggeris segalanya tampak baik sekali. Anda boleh melihat kelab Inggeris yang memiliki pemain muda berbakat yang memberi komitmen yang tinggi kepada kelab. Jadi, itu merupakan situasi yang ideal.”

“Itu menjadikan mereka berada di kedudukan yang betul dan mereka memiliki masa depan yang hebat di sini (Arsenal),” kata bekas penyerang berusia 43 tahun itu.

Frank+de+Boer+Dennis+Bergkamp+Ajax+AmsterdamThe Iceman beraksi selama 11 musim bersama Arsenal sebelum mengumumkan persaraan pada penghujung musim 2005/06. Kini, Dennis Bergkamp menjadi penolong pengurus kepada Frank de Boer di Ajax Armsterdam sejak 2011. Terdahulu, penyerang lagenda Belanda ini memulakan karier kejurulatihan sebagai jurulatih skuad remaja Ajax Armsterdam pada 2008.

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply