[KOMENTAR] SAYA TIDAK AKAN MENJADI JUARA TANPA WENGER – NASRI

Samir Nasri mengakui dirinya masih seorang penyokong Arsenal dan sentiasa berhubung dengan pengurus Arsenal yang dianggap sebagai bapa keduanya. Pemain tengah Manchester City ini mengakui dirinya terhutang budi dengan Arsene Wenger kerana berjaya membina keyakinan dan membentuk dirinya menjadi antara pemain bertaraf bintang. Nasri dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Arsenal namun segalanya tampak mustahil lantaran dia menerima pendapatan lumayan bernilai £180,000 seminggu.

Pemain kelahiran Marseille itu pernah mengalami detik kekecewaan selepas diketepikan oleh Raymond Domenech daripada skuad Piala Dunia Perancis 2010 di Afrika Selatan namun Wenger berjaya membina kembali keyakinan Nasri sehingga berjaya menjadi tonggak utama Arsenal musim 2010/11 dengan menjaringkan 15 gol. Malah, Nasri turut dicalonkan sebagai Pemain Terbaik PFA dan Pemain Muda Terbaik PFA bagi musim 2010/11 sebelum tewas kepada Gareth Bale dan Jack Wilshere.

“Saya berada di sini kerana dia (Wenger).Samir-Nasri-with-Arsene-Wenger Saya tidak pernah melupakan apa yang diberikan olehnya kepada saya,” kata Samir Nasri.

“Saya sangat terhutang budi kepadanya. Dia memberikan saya keyakinan diri bukan sahaja sebagai pemain tetapi sebagai seorang lelaki.”

“Itulah sebab mengapa saya benar-benar menghormati dia dan sukakan dia kerana dia menjaga saya lebih dari seorang pemain. Bagi setengah pengurus, mereka hanya mahukan kami di atas padang dan itu sahaja.”

“Bagi Wenger, dia mahu berbicara dengan kamu, mengambil berat dan memberikan keyakinan diri. Itu menyebabkan saya menyayangi.”

Bekas pemain muda terbaik Ligue 1 Perancis 2006/07 itu menyertai Arsenal dari Marseille apabila menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan yuran perpindahan £12 juta pada 11 Julai 2008 ketika berusia 21 tahun. Samir Nasri telah melakukan 125 kemunculan bersama dengan menjaringkan 27 dan menghasilkan 16 assist sepanjang 3 musim bersama The Gunners.

“Saya bermain bola sepak yang hebat selama 3 tahun (di Arsenal) dan belajar bagaimana untuk bermain di peringkat tertinggi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah serta kami sentiasa dalam perlumbaan memburu kejuaraan.”

“Dan saya beraksi bersama-sama pemain yang bagus, pengurus yang hebat dan pengalaman yang luar biasa.”

Man-City-win-Premier-League-after-44-yearNamun, Samir Nasri menegaskan bahawa keputusannya menyertai Manchester City adalah untuk menjulang kejuaraan lantaran Arsenal terus dihimpit kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Pemain berusia 25 tahun itu menyertai The Citizen dengan bayaran perpindahan bernilai £25 juta pada 24 Ogos 2011 dan berjaya menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2011/12 dan Perisai Komuniti 2012.

“Ini merupakan cabaran yang baik bagi saya untuk datang ke sini dan menjulang kejuaraan kerana itu apa yang saya kehilangan di Arsenal,” kata Nasri lagi.

“Segalanya hebat di sana (Arsenal) tetapi saya mahukan kejuaraan.”

“Jadi, apabila saya pergi ke City kerana saya mahu mencipta sejarah serta menjadi sebahagian daripada sejarah dan itu yang telah kami lakukan. Ia kejuaraan liga pertama selepas 44 tahun dan saya sangat gembira,” tambah pemain tengah Perancis itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply