[KOMENTAR] SAYA BERSEDIA KE LIGA PERDANA INGGERIS – ZAHA

Prospek muda England, Wilfried Zaha melahirkan keinginannya untuk beraksi di tahap yang lebih tinggi dan bersedia untuk menerima tawaran pada jendela perpindahan Januari ini. Pemain sayap Crystal Palace ini berjaya menarik perhatian beberapa kelab utama Liga Perdana Inggeris termasuk Arsenal, Manchester United dan Tottenham Hotspurs selepas mempamerkan aksi yang mantap bersama The Eagles.

“Saya bukan lagi seorang pemain remaja lagi,” kata Zaha kepada The Mail.

“Saya telah beraksi dalam lebih seratus perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan (Crytal Palace) dan ini merupakan tahun terbaik saya untuk mempertingkatkan kerjaya bola sepak saya.”

“Saya ingin mencatat nama dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan di peringkat antarabangsa.”

“Saya banyak beraksi dalam kejohanan Liga Perdana Inggeris, ia akan menjadi sebuah pengalaman yang baru bagi saya.”

“Sejujurnya ini merupakan salah satu impian saya jika diberi peluang pada bulan Januari nanti. Beberapa rakan saya yang sedang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris suka berjenaka dan menanyakan sebab mengapa saya tidak menyertai mereka.”

“Saya berpendapat bahawa saya cukup sedia untuk bersaing dalam Liga Perdana Inggeris” kata pemain berusia 20 tahun itu lagi.

Zaha atau nama penuhnya Dazet Wilfried Armel Zaha merupakan pemain kelahiran Abidjan, Ivory Coast dan keluarganya berhijrah ke selatan London sejak dia berusia 20 tahun lagi. Sehingga kini, Zaha sudah beraksi sebanyak 119 kali bersama Crystal Palace dan turut mendapat debut bersama skuad kebangsaan England dalam perlawanan menentang Sweeden pada 14 November lalu.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply