[KOMENTAR] JOSE MOURINHO CEMBURU DENGAN WENGER

arsene-wenger-with-jose-mourinhoJose Mourinho mengakui dirinya cemburu dengan kestabilan Arsenal yang tidak pernah berhenti memberi kepercayaan kepada Arsene Wenger meskipun The Gunners ketika ini berada di kedudukan keenam liga, 18 mata di belakang pendahulu, Manchester United. Pengurus Real Madrid berbangsa Portugis itu berada dalam tekanan besar ekoran kelab bimbingannya kini ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona dalam saingan La Liga musim ini.

Namun, Mourinho menegaskan bahawa tekanan itu diterima dengan positif dan tekanan yang hilang di Stadium Emirates menyaksikan Arsenal gagal untuk bersaing dan menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Bekas pengendali FC Porto, Chelsea dan Inter Milan itu turut memuji usaha Arsenal dalam melahirkan pemain-pemain yang hebat dan berbakat.

“Saya sangat gembira jika memiliki kestabilan di kelab (Arsenal) seperti Wenger,” kata pengendali Real Madrid itu.

“Namun, dalam masa yang sama saya rasa bagi mental saya, saya perlukan tekanan untuk berjaya. Jika saya tidak menerima tekanan maka saya akan memberi tekanan kepada diri saya sendiri – tekanan untuk menjulang kejuaraan.”

“Pastinya, mungkin satu atau dua musim diperlukan untuk membina sebuah pasukan dan tidak menjadi juara tetapi saya tidak boleh terlalu lama kerana saya sentiasa perlukan tekanan untuk memenangi sesuatu.”

“Mungkin itu yang akan terjadi kepada Arsenal. Mereka bermain dengan cantik dan menghasilkan pemain-pemain yang hebat.”

Liverpool vs ArsenalPengurus yang digelar ‘The Special One’ itu mengakui bahawa Arsenal memiliki potensi besar untuk menjulang kejuaraan meskipun ketika ini skuad bimbingan Arsene Wenger itu dihimpit prestasi yang tidak konsisten. Mourinho menegaskan bahawa Arsenal perlu aktif di pasaran perpindahan pemain bagi mendapatkan pemain-pemain berkualiti untuk menjulang kejuaraan pertama sejak kali terakhir memenangi Piala FA pada 2005.

“Arsenal akan meraih kejuaraan tetapi ianya tidak mudah. Mereka sentiasa menamatkan musim di kedudukan 4 terbaik. Jadi, mengapa tidak pada musim ini. Namun, tidak mudah kerana Arsenal perlu bersaing dengan Tottenham, Chelsea dan Everton,” kata Mourinho lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply