[KOMENTAR] JACK WILSHERE VS TOM CLEVERLEY – PROSPEK MASA DEPAN ENGLAND

jack-wilshere-vs-tom-cleverleyBintang Arsenal, Jack Wilshere (21) dan pemain muda Manchester United, Tom Cleverley (23) merupakan antara prospek muda yang bakal menjadi tonggak utama The Three Lions dalam masa beberapa tahun akan datang. Tambahan pula, Wilshere dan Cleverley memiliki kualiti dan corak permaianan yang hampir sama di mana kedua-dua pemain ini bakal bersaing dalam usaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan England.

Tonggak tengah Arsenal, Jack Wilshere kembali dari kecederaan panjang yang serius dan beraksi buat kali pertama selepas 14 bulan pada 27 Oktober lalu ketika menentang Queens Park Rangers. Pemain yang disebut-sebut sebagai bayangan kepada lagenda Arsenal, Liam Brady mula menyertai akademi bola sepak Arsenal sejak berusia 9 tahun dan berjaya menjulang kejuaraan Piala FA Remaja dan Liga Perdana Akademi pada 2008/09.

Pemain kelahiran Stevenage, EnglandJack+Wilshere+Tom+Cleverley ini dipilih selaku Pemain Muda Terbaik PFA 2010/11 dan Pemain Terbaik Arsenal 2010/11 pada musim pertama penampilan bersama skuad utama Arsenal.

Sehingga kini, pemain berusia 21 tahun ini sudah melakukan 78 kemunculan dan menjaringkan 4 gol bersama The Gunners serta memiliki 6 caps bersama skuad kebangsaan England sejak melakukan debut pada 11 Ogos 2010 dalam perlawanan persahabatan menentang Hungary.

Sementara itu, Tom Cleverley merupakan antara pemain muda yang menyerlah dalam skuad bimbingan Sir Alex Ferguson dilihat bersedia untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh lagenda United, Paul Scholes. Pemain berusia 23 tahun ini diserap ke dalam skuad utama Red Devils pada musim lalu dengan melakukan 15 kemunculan selepas menghabiskan tempoh pinjaman bersama Leicester City (2008/09), Watford (2009/10) dan Wigan Athletic (2010/11).

Pemain kelahiran Basingstoke, England menyertai akademi bola sepak Manchester United ketika berusia 11 tahun pada 2000 dan berjaya melakukan debutnya bersama skuad utama United pada 7 Ogos 2011 dalam perlawanan Perisai Komuniti menentang Manchester City. Sehingga kini, Cleverley sudah beraksi dalam 34 perlawanan bersama United dan menjaringkan 4 gol serta memiliki  7 caps dengan The Three Lions sejak mendapat debut ketika menentang Itali pada 15 Ogos 2012.

KUALITI DAN GAYA PERMAINAN

Jack Wilshere merupakan seorangJack-Wilshere-Man-United-vs-Arsenal-2012 pemain tengah yang kreatif dan mempunyai visi dalam merencanakan serangan yang dikatakan oleh pengurus Arsenal sebagai pemain yang ‘Teknik Permainan Sepanyol dengan Jiwa Inggeris’.

Pemain berkaki kiri ini cenderung untuk melakukan gerakan-gerakan mengelecek pertahanan lawan serta dan melakukan hantaran-hantaran pendek yang tepat namun memiliki corak pemainan yang agak keras.

Manakala Tom Cleverley pula seorang pemain tengah yang kekuatan menerusi hantaran-hantaran pendek dan konsentrasi yang tinggi serta bagus ketika membantu barisan pertahanan. Pemain berusia yang berusia 23 tahun ini turut gemar membantu melakukan serangan dengan melakukan percubaan dari jarak jauh dan melakukan hantaran pendek yang tepat mirip gaya permainan lagenda United, Paul Scholes.

Secara keseluruhannya, meskipun Jack Wilshere baru pulih dari kecederaaan panjang namun bintang muda Arsenal ini dilihat memiliki kelebihan berbanding Tom Cleverley terutama dari segi hantaran jarak jauh, kemahiran mengelecek, key passes, pintasan terhadap lawan serta hantaran-hantaran silang. Sebaliknya, Cleverley lebih baik terutama menerusi hantaran-hantaran tepat dan terjahan bersih ke atas lawan. Buat Jack Wilshere dan Tom Cleverley, selamat maju jaya.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply