[KOMENTAR] DENNIS BERGKAMP BERSEDIA KEMBALI KE ARSENAL

Dennis-Bergamp-eyes-to-return-at-ArsenalPenyerang lagenda Arsenal, Dennis Berkamp tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama The Gunners selaku pengurus suatu hari nanti. Kini, Bergkamp berkhidmat selaku penolong pengurus kepada Frank de Boer di Ajax Armsterdam sejak 2011. Penyerang lagenda Belanda yang digelar ‘The Iceman’ oleh penyokong-penyokong Arsenal itu mengakui kecintaanya bersama Arsenal dan mahu menabur bakti di Stadium Emirates.

“Saya akan katakan ya,” kata Bergkamp ketika ditanya kesediaan membimbing Arsenal suatu hari nanti.

“Mereka (Arsenal) melakukan permulaan yang baik dan di Ajax kini saya memainkan peranan yang sama. Apa yang saya suka dan saya tidak suka jadi jika saya memainkan peranan di luar, pastinya di Arsenal.”

“Ini merupakan antara perkara yang mahu saya kecapi pada masa hadapan. Tetapi bukan untuk tempoh masa terdekat kerana saya baru bermula di sini (sebagai jurulatih).”

Bekas lagenda Belanda ini telah menyertai Arsenal pada Jun 1995 dari kelab Seria A, Internazionale dengan yuran perpindahan bernilai £7.5 juta. Dennis Bergkamp berjaya melakukan 345 penampilan dengan menjaringkan 120 gol sebelum mengumumkan persaraan pada Mei 2006. Bersama Arsenal, Bergkamp berjaya menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 Piala FA dan 3 Perisai Komuniti.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply