[KOMENTAR] ARSENAL SAMA SEPERTI AJAX – VAN DER SAR


edwin-van-der-sar-man-unitedLagenda bola sepak Belanda, Edwin van der Sar mengakui bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Arsenal menjadi sama seperti Ajax Armsterdam yang banyak melahirkan dan mendidik pemain muda sebelum melepaskannya kepada kelab-kelab besar yang lain. Antara nama-nama besar yang membina karier bersama Arsenal sebelum berhijrah meninggalkan Stadium Emirates termasuklah Robin van Persie, Cesc Fabregas, Samir Nasri, Alex Song, Gael Clichy dan ramai lagi.

Bekas penjaga gol Man United itu mengakui dirinya tidak terkejut dengan perpindahan penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie yang turut berhijrah ke Old Trafford pada Ogos lalu bagi mencerahkan impiannya menjulang kejuaraan. Robin van Persie memulakan kariernya bersama Feyernoord pada 2001 sebelum menyertai Arsenal pada Julai 2004 namun sekadar meraih Piala UEFA (2001/02), Community Shield 2004, dan Piala FA (2004/05).

“Saya tidak terkejut dia berpindah ke Arsenal. Ketika itu, Arsenal adalah juara namun dalam 8 musim terakhir Robin van persie tidak meraih sebarang kejuaraan,” kata van der Sar.

“Saya menyukai gaya permainan bola sepak (Arsenal) dan falsafah Arsene Wenger dalam pembangunan pemain muda.”

Erevidisie_Ajax_Arsterdam_Groningen_HL“Kami di Ajax melakukan perkara yang sama. Kami mendidik mereka dengan cara tertentu untuk belajar bermain bola sepak dengan bagus dan menyerang.”

“Pada masa tertentu dalam karier mereka, mereka pindah ke tempat lain. Mereka perlu pergi ke luar negera, ke liga yang lebih besar.”

“Perkara ini juga terjadi kepada Arsenal dalamEdwin-van-der-Sar-and-Robin-van-Persie beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai pemain telah pergi bahkan menjadi lebih menyerlah bersama kelab lain.”

“Bagi Robin, meninggalkan Arsenal merupakan satu keputusan besar dan untuk Man United itu merupakan satu kejayaan. Man United merupakan kelab yang stabil, memiliki ramai penyokong yang luar biasa dan memiliki komuniti yang sangat kukuh.”

Bersama United, Robin van Persie telah beraksi dalam 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris. Penyerang antarabangsa Belanda itu berjaya menjaringkan 16 gol dan menghasilkan 6 assist sekaligus membantu Red Devils mengungguli tahta liga dengan 52 mata meninggalkan musuh setempat, Manchester City 7 mata di tempat kedua.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply