[PERSPEKTIF] ARSENAL PERLUKAN KEJUARAAN BUKAN BEAUTIFUL FOOTBALL – VIEIRA

Patrick-Vieira-Arsenal-lagendLagenda Arsenal, Patrick Vieira melahirkan rasa kurang senang dengan pencapaian The Gunners sejak beberapa musim kebelakangan ini. Bagi Vieira, tempoh 8 tanpa kejuaraan terlalu lama bagi kelab besar seperti Arsenal. Bekas bintang antarabangsa Perancis berusia 36 tahun itu mengakui skuad bimbingan Arsene Wenger lebih mementingkan ‘beautiful football’ dari memburu kejuaraan.

Bekas kapten Arsenal ini pernah membantu Arsenal menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris tanpa kalah ‘The Invincibles’ pada musim 2003/04. Patrick Vieira dibawa masuk oleh Arsene Wenger dari AC Milan pada September 1996 dengan yuran perpindahan bernilai £3.5 juta. Sepanjang bersama Arsenal, Vieira melakukan 406 penampilan dengan menjaringkan 33 gol serta meraih 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 trofi Piala FA dan 4 Perisai Komuniti.

“Setiap pengurus yang mengendalikan kelab besar dan tidak memenangi trofi akan berada di bawah tekanan. Itu sebahagian daripada bola sepak moden hari ini,” kata Patrick Vieira.

“Hanya satu cara untuk memastikan semua orang gembira ialah dengan memenangi kejuaraan. Saya tidak bersetuju tetapi saya memahaminya.”

“Jadi apa yang perlu Arsenal lakukan kini ialah memenangi kejuaraan, ia tidak cukup sekadar bermain ‘beautiful football’ lagi.”

Kini, Patrick Vieira berkhidmat selaku Eksekutif Pembangunan Bola Sepak Manchester City sejak mengumumkan persaraan selaku pemain bola sepak professional pada Julai 2011. Bekas skipper Arsenal berusia 36 tahun itu mempertahan Arsene Wenger dan menegaskan bahawa pengurus berbangsa Perancis merupakan individu yang paling layak untuk terus membimbing The Gunners.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply