[KECEDERAAN] MIKEL ARTETA DIKETEPIKAN SELAMA 3 MINGGU

Mikel-Arteta-vs-Wayne-RooneyMikel Arteta terpaksa diketepikan sehingga penghujung bulan akibat kecederaan betis. Pemain tengah kelahiran Sepanyol itu mengalami kecederaan semasa sesi latihan terakhir sebelum perlawanan menentang Manchester City hujung minggu lalu. Namun, pengurus Arsenal enggan mengulas lanjut mengenai tahap kecederaan yag dialami oleh pemain tengah berusia 30 tahun dan masih menunggu keputusan pemeriksaan pada hari Isnin (semalam).

“Dia (Arteta) akan menjalani pemeriksaan pada hari Isnin dan kemungkinan bakal dikecualikan lebih kurang 3 minggu. Ia merupakan kecederaan betis,” kata Arsene Wenger.

Kepulangan pemain tengah Perancis sedikit melegakan The Gunners namun pengurus Arsenal itu memaklumkan dia sedang mencari pengganti sesuai bagi menghadapi jadual perlawanan yang padat sepanjang Januari ini. Skuad bimbingan Arsene Wenger bakal mengharungi 5 perlawanan berturut-turut dalam tempoh 17 hari mendatang.

“Ya, kami masih mengintai beberapa pemain dan sedang bekerja keras untuk mengukuhkan pasukan,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Sementara itu, Arsene Wenger mengakui menerima tamparan ekoran kehilangan Arteta yang memiliki 3 kunci utama persembahan mantap Arsenal iaitu kualiti, kebijaksanaan dan mentaliti kemenangan. Pengurus Arsenal itu berharap agar pemain tengah berusia 30 tahun segera pulih untuk memperkukuhkan skuad sekaligus menjadi nadi kebangkitan The Gunners.

“Kecederaan Arteta mungkin akan pulih kurang dariapda 3 minggu kerana dia mengalami kecederaan betis minor,” kata Arsene Wenger.

“Mikel Arteta merupakan pemain penting kami. Dia seorang pemain yang bagus, memiliki kebijaksanaan dalam merencana taktikal perlawanan dan mentaliti kemenangan.”

“Kami bakal kehilangan 3 kualiti ini sepanjang dia diketepikan,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Kecederaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply