[INFO] ASTEROID SEMPENA NAMA ARSENE WENGER

Arsenal-Arsene+Wenger+croppedMungkin ramai penyokong-penyokong Arsenal yang tidak mengetahui bahawa terdapat sebuah asteroid telah dinamakan sempena nama pengurus Arsenal. Tanggal 21 November 2007, Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengumumkan secara rasminya bahawa sebuah asteroid yang ditemui oleh ahli astronomi, Ian P. Griffin pada 29 Mac 1998 dinamakan sebagai ‘33179 Arsènewenger’ (yang sebelum ini dikenali sebagai 33179). Arsene Wenger merupakan satu-satu pengurus bola sepak yang diberi penghormatan ini.

‘33179 Arsenewenger’ merupakan sebuah asteroid yang terletak di jaluran asteroid antara planet Marikh dan Musytari dengan memiliki jangkamasa mengorbit matahari selama 1544,2942189 hari ataupun 4.23 tahun dalam satu kitaran lengkap. Saiz asteroid tersebut dianggarkan 3 hingga 9 kilometer dikategorikan sebagai sebagai asteroid bersaiz sederhana. Asteroid merupakan gugusan batuan yang terletak di jaluran asteroid dianggarkan berjumlah jutaan dengan pelbagai saiz dan bentuk.

Dr. Ian P. Griffin yang juga merupakan peminat setia Arsenal menyatakan bahawa penamaan asteroid tersebut kerana pencapaian cemerlang Arsene Wenger membimbing The Gunners sejak Oktober 1996 dengan meraih 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 trofi Piala FA Inggeris dan 4 Perisai Komuniti FA serta kejayaan cemerlang The Invincibles pada musim 2003/04. Pengurus Arsenal berbangsa Perancis itu turut dipilih selaku Jurulatih Bola Sepak Terbaik Sedekad (2001-2010) oleh IFFHS –sebuah organisasi di bawah FIFA.

Ian-P-Griffin-Arsenewenger-asteroid“Asteroid 33179 Arsènewenger dinamakan sempena penghormatan atas pencapaian Arsene Wenger, OBE (1949-kini) seorang pengurus bola sepak berbangsa Perancis di mana menjadi pengurus Arsenal FC di England sejak 1996. Dia merupakan pengurus kelab paling berjaya dari segi kejuaraan. Pada 2004, dia menjadi satu-satunya pengurus dalam sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menamatkan musim tanpa kalah. Arsene Wenger turut menerapkan corak permainan cantik dalam setiap perlawanan.”

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply