[EPL] LIVERPOOL BAKAL BERTANDANG KE STADIUM EMIRATES

matchday-arsenal-vs-liverpoolMasih segar dengan kejayaan meneruskan kemaraan ke pusingan ke-5 Piala FA, Arsenal bakal mengharungi perlawanan sukar menentang Liverpool di Stadium Emirates awal pagi nanti (waktu Malaysia). Sementara itu, skuad bimbingan Brendan Rogers dikritik hebat selepas tersingkir dari saingan Piala FA ekoran kekalahan mengejut 3-2 kepada kelab kerdil, Oldham Athletic hujung minggu lalu.

Namun, pertembungan malam ini pastinya berbeza dengan kedua-dua pasukan menanam impian meraih 3 mata bagi memburu kedudukan ke-4 terbaik liga. The Gunners bakal mendapat kembali khidmat kapten pasukan, Thomas Vermaelen yang diketepikan daripada perlawanan hujung minggu lalu kerana kecederaan ringan. Namun, Mikel Arteta dan Francis Coquelin terus disisihkan kerana belum cergas sepenuhnya.

Di kem Liverpool pula, Brendan Rogers bakal kehilangan khidmat penjaga gol utama, Pepe Reina yang mengalami kecederaan pinggul ketika perlawanan menentang Oldham hujung minggu lalu. Sementara itu, Jose Enrique dan Glen Johnson pula masih dalam keraguan manakala Martin Kelly terpaksa berehat panjang selepas menjalani pembedahan kerana mengalami kecederaan lutut.

PERCATURAN TAKTIKAL

Arsene Wenger bakal menurun skuad utama ketika membenam cabaran West Ham 5-1 minggu lalu. Wojciech Szczesny akan mengemudi gawang Arsenal sementara Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker bersama Bacary Sagna serta Kieran Gibbs membentuk gandingan back four. Posisi defensive midfielder bakal diisi oleh Jack Wilshere dan Abou Diaby sementara Santi Cazorla kembali ke posisi attacking midfielder. Lukas Podolski dan Theo Walcott bakal bertindak di bahagian sayap dengan Olivier Giroud bakal menjadi targetman.

abou-diaby-arsenal-the-new-vieiraLiverpool pula bakal mempertaruhkan Brad Jones bagi mengantikan Pepe Reina yang mengalami kecederaan. Martin Skrtel dan Daniel Agger dibantu oleh Glen Johnson dan Andre Wisdom. Sementara itu, Joe Allen dan Lucas Leiva bakal bergandingan selaku defensive midfielder dengan Steven Gerrard bakal bertindak selaku attacking midfielder. Luis Suarez dan Raheem Sterling memainkan peranan selaku pemain sayap dengan Daniel Sturridge bertindak selaku center foward.

Vermaelen bakal melakukan man marking ke atas Sturridge dengan Diaby bakal bertindak lebih ke bawah selaku deep-lying playmaker di mana akan sentiasa membayangi pergerakan Gerrard sementara Wilshere bakal menjadi box-to-box midfielder. Sementara itu, Skrtel pula akan mengawasi pergerakan Giroud sementara Leiva dan Allen akan cuba menyaingi setiap gerakan-gerakan yang bakal direncanakan oleh oleh playmaker Arsenal, Cazorla.

Pertembungan di bahagian sayap pastinya menjadi lebih menarik dengan Wisdom bakal menghadapi Podolski sementara Johnson pula akan cuba menyekat setiap gerakan-gerakan daripada Walcott. Di barisan pertahanan Arsenal pula, Gibbs pula berdepan tugas sukar mengekang gerakan lincah Suarez sementara Sagna pula berperanan mengekang serangan daripada pemain muda Liverpool, Sterling.

Kunci utama perlawanan malam ini pastinya di bahagian tengah yang bakal menentukan keputusan perlawanan. Perlawanan dijangkan bermula hambar dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh berhati-hati namun gol awal bakal mengubah tempo dan corak perlawanan. Steven Gerrard dan Jack Wilshere bakal menjadi kunci utama kepada persembahan pasukan masing-masing.

BARISAN KEMUNGKINAN

line-up-arsenal-vs-liverpool-30-jan-2013Tarikh : 31 Januari 2013

Waktu : 3.45 pagi (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Kevin Friend

Ramalan : Arsenal (2) vs Liverpool (1)

FAKTA MENARIK

  • Dalam 214 pertemuan kedua-dua kelab dalam semua kejohanan 82 dimenangi oleh Liverpool dana 76 menjadi milik Arsenal manakala 56 berakhir dengan keputusan seri.
  • Liverpool hanya memenangai 1 daripada 11 pertemuan terakhir menentang Arsenal dengan 6 kekalahan dan 4 perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
  • Arsenal tewas 2 daripada 5 perlawanan terakhir liga di tempat sendiri.
  • Liverpool memiliki rekod yang kurang baik di tempat lawan dengan mencatatkan 3 kemenangan dan 4 seri serta 4 kekalahan.
  • Arsenal meraih 37 mata daripada 23 perlawanan musim ini, sama seperti musim lalu.
  • Liverpool berjaya memenangai 6 daripada 9 perlawanan terakhir liga sementara 3 lagi berkesudahan dengan kekalahan.
  • 7 gol dijaringkan selepas minit ke-90 dalam 8 pertemuan terakhir antara Arsenal dan Liverpool.
  • Arsenal dan Liverpool merupakan antara kelab yang melepas gol paling sedikit selepas Manchester City namun berada di kedudukan ke-5 dan ke-6 liga.
  • Musim lalu, Liverpool berjaya memenangi perlawanan di Stadium Emirates dengan 2-0 menerusi jaringan sendiri Aaron Ramsey dan gol lewat Luis Suarez.
  • Lukas Podolski merupakan pemain terbanyak menghasilkan assist dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 9 kali.
  • Luis Suarez merupakan penjaring gol terbanyak Liverpool dengan 21 gol dalam semua kejohanan diikuti Steven Gerrard dengan 6 gol.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply