[CORETAN] WILSHERE JADI MANGSA KEMARAHAN XAVI HERNANDEZ

Arsenal-vs-Barcelona-2011Jack Wilshere menceritakan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa kemarahan bintang tengah Sepanyol, Xavi Hernandez ketika mahu meminta jersi Barcelona miliknya. Kejadian tersebut berlaku ketika pertemuan Arsenal-Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/11 di Stadium Emirates menyaksikan The Catalan tewas 2-1 hasil jaringan pantas Robin van Persie dan Andrey Arshavin dalam tempoh 5 minit yang memadam gol awal David Villa pada minit ke-17.

Selepas tamat perlawanan, Wilshere yang ingin mendapatkan jersi milik Xavi dan Lionel Messi meminta bantuan kepada bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas yang ketika itu masih bersama The Gunners untuk meminta jersi Messi. Namun, Wilshere telah menerima impak daripada kemarahan Xavi ekoran kekalahan Barcelona di tangan Arsenal.

“Saya mahu menukar jersi dengan Xavi danWilshere-with-jersey-Xavi-and-Messi Messi. Mereka sedang berjalan ke arah saya. Saya menanyakan kepada Xavi namun dia tidak mempedulikan saya,” kata Wilshere.

“Tetapi dia telah melemparkan jersinya kepada saya lalu meninggalkan saya.”

“Kemudiannya, saya meminta (Cesc) Fabregas mendapatkan jersi (Lionel) Messi kerana mereka berdua merupakan rakan baik.”

Namun, Fabregas sempat bergurau dengan berkata, “Kamu merupakan pemain terbaik (perlawanan tersebut), seharusnya kamu sendiri yang pergi mendapatkan jersi itu daripada Messi.”

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply