[CORETAN] TUGAS SUKAR THE GUNNERS SEPANJANG JANUARI 2013

Arsenal-vs-Southampton-Premier-LeagueArsenal memulakan saingan tahun baru 2013 dengan hambar apabila diikat seri 1-1 dengan pasukan yang berada di zon penyingkiran, Southampton awal pagi Rabu lalu. Skuad bimbingan Arsene Wenger sekali lagi bakal mengharungi jadual perlawanan yang padat dengan menghadapi lawan sukar sepanjang bulan Januari ini. Arsenal perlu mengekalkan momentum kemenangan dan konsistensi bagi memastikan pemburuan kejuaraan musim berterusan sehingga ke penghujung musim ini.

Berikut merupakan 5 perlawanan sukar yang bakal dihadapi Arsenal Januari ini :

SWANSEA CITY vs ARSENAL – 6 Januari 2013

Miguel-Michu-Arsenal-vs-SwanseaMenjelang aksi pusingan ke-3 Piala FA 2012/13, Arsenal bakal bertandang ke Stadium Liberty dengan misi menebus selepas tumpas 0-2 kepada Swansea di Stadium Emirates pada 1 Disember lalu menerusi dua gol lewat dari Miguel Michu. Namun, The Gunners dilihat berdepan tugas sukar menundukkan kelab yang berpangkalan di selatan Wales itu. Perlawanan dilihat penting dalam misi Arsenal untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya sekaligus meraih sekurang-kurang satu piala musim ini.

ARSENAL vs MANCHESTER CITY – 13 Januari 2013

Laurent-Koscielny-celebrate-goal-Arsenal-vs-Man-City-sept-12The Gunners bakal menanti kunjungan Manchester City yang kini menghuni kedudukan ke-2 liga dibelakang Manchester United dan dijangka sengit lataran kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan di Stadium Etihad pada September tahun lalu. Pertembungan ini sangat penting dalam misi Arsenal mengukuhkan cengkaman di posisi 4 pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris musim. Kepulangan pemain tengah kental, Abou Diaby dalam perlawanan menentang The Citizen nanti dilihat sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada Arsenal.

CHELSEA vs ARSENAL – 20 Januari 2013

Arsenal-needs-Abou-Diaby-in-the-squadKunjungan ke Stamford Bridge musim ini sekali lagi menjadi tumpuan dengan Arsenal mahu mengulangi kejayaan musim lalu menewaskan Chelsea 5-3 di gelanggang keramat The Blues. Skuad bimbingan Rafael Benitez dilihat terus berusaha mencabar kejuaraan liga yang kini berada di kedudukan ke-3 Liga Perdana Inggeris dengan berjaya mendapatkan penyerang Newcastle United, Demba Ba. Namun, Chelsea pastinya masih segar dengan kejayaan menundukan Arsenal 2-1 di Stadium Emirates pada 29 September lalu.

ARSENAL vs WEST HAM UNITED – 23 Januari 2013

theo-walcott-celebrate-goal-vs-west-ham-oct-2012Meskipun perlawanan menentang The Hammers tidaklah sesukar dua perlawanan terdahulu namun Arsenal tidak boleh memandang rendah keupayaan lantaran skuad bimbingan Sam Allerdyce dilihat serius untuk memberi cabaran musim ini dengan menandatangani oleh dua pemain baru, Joe Cole dan Marouane Chamakh bagi mengukuhkan skuad meskipun jendela perpindahan baru dibuka 4 hari. Dalam pertemuan terdahulu, West Ham United nyaris mengejutkan Arsenal apabila mendahului menerusi jaringan Diame pada minit ke-21 sebelum Arsenal bangkit menerusi gol Giroud, Walcott dan Cazorla dalam perlawanan di Upton Park

ARSENAL vs LIVERPOOL – 31 Januari 2013

Lukas-Podolski-Arsenal-goal-vs-LiverpoolArsenal menanti kunjungan The Reds di Stadium Emirates bakal menjadi ujian getir walaupun skuad bimbingan Brendan Rogers itu gagal mempamerkan persembahan yang konsisten dengan berada di kedudukan ke-9 liga hanya 3 mata dibezakan dengan Arsenal. The Gunners berjaya menewaskan Liverpool 2-0 dalam perlawanan terdahulu di Anfield menerusi jaringan Lukas Podolski dan Santi Cazorla namun itu bukan tidak boleh dijadikan sandaran lantaran Liverpool sudah kembali mempamerkan kebangkitan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Kesimpulannya, perlawanan ini sangat penting dalam menentukan hala tuju dan menilai kemampuan sebenar Arsenal untuk menjulang kejuaraan musim ini sekaligus menamatkan penantian kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Kemenangan akan memberi ransangan motivasi buat pemain-pemain Arsenal dalam mengharungi perlawanan mendatang namun kekalahan bakal menghadirkan situasi sukar buat skuad The Gunners. Ayuh kita semarakan sokongan buat skuad Arsenal dalam mengharungi saingan musim ini. COYG

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply