[CORETAN] SAYA PILIH ARSENAL KERANA WENGER – ROBERT PIRES

arsenal-henry-pires-vieira-van-persieRobert Pires merupakan antara nama besar yang dibawa oleh Arsene Wenger sebagai penganti kepada Marc Overmars yang menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta. Pemain tengah Perancis itu mencipta nama bersama The Gunners dengan menampilkan aksi mantap sepanjang 6 musim dan dipilih selaku Pemain Arsenal Ke-6 Terbaik Sepanjang Zaman. Robert Pires berhijrah ke Arsenal dari kelab Ligue 1, Marseille dengan bayaran perpindahan bernilai £6 juta pada musim panas 2000.

Namun, bekas Pemain Muda Terbaik Ligue 1 musim 1995/96 mengakui dirinya hampir menyertai Real Madrid sebelum melengkapkan perpindahan ke Arsenal kerana dipengaruhi oleh faktor Arsene Wenger. Robert Pires melihat Arsenal ketika itu lebih stabil berbanding Real Madrid dan mengakui bahawa Liga Perdana Inggeris lebih mencabar yang menjadikan dirinya menjadi seorang pemain yang lebih bagus.

“Saya hampir memilih Madrid. Malah saya sudah bergambar dengan jersi Madrid bersama salah satu media Sepanyol. Tetapi Arsenal juga mahukan saya dan saya memilih London kerana Wenger,” kata Robert Pires.

“Saya sudah bercakap banyak kali, sayaRobert-Pires-Arsenal-2006 tahu mereka mahukan saya dan saya mahu bermain.”

“Madrid sebuah kelab yang hebat, pastinya tetapi kelab ini kurang stabil. Semua orang tahu saya dalam proses perpindahan ke Madrid tetapi ia tidak menjadi kenyataan.”

“Saya tahu Liga Perdana Inggeris lebih sukar dan mencabar tetapi saya tidak merungut. Sebaliknya, ini menjadikan saya pemain yang lebih bagus.”

“Dan saya tahu di sana lebih sejuk hampir sepanjang masa dan saya tahu di England lebih banyak hujan. Tetapi saya tetap mahu berkerja dengan Arsene Wenger dan beraksi dalam kejohanan Inggeris meningkatkan persembahan saya. Saya sudah membuktikannya.”

Pemain kelahiran Reims, Perancis ini memiliki darah campuran Portugis (bapa) dan Sepanyol (ibu) namun dirinya memilih untuk mewakili Les Bleus dengan melakukan 79 penampilan serta meraih kejuaraan Piala Dunia FIFA 1998, Kejohanan EURO 2000 serta Piala Konfederasi FIFA pada 2001 dan 2003. Bersama Arsenal, Pires telah beraksi dalam 284 perlawanan dengan menjaringkan 84 gol sepanjang 6 musim dengan meraih 2 kejuaraan liga, 3 kejuaraan Piala FA dan 3 Perisai Komuniti.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply