[CORETAN] SAYA GEMBIRA KEKAL DI ARSENAL – THEO WALCOTT

theo-walcott-goal-vs-chelsea-2013Theo Walcott menegaskan bahawa dirinya sangat gembira menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal. Meskipun dikaitkan dengan perpindahan dari Stadium Emirates, pemain antarabangsa England itu menamatkan spekulasi dengan menandatangani kontrak lanjutan pada Jumaat lalu dan menegaskan diri untuk fokus dengan persembahannya bersama The Gunners. Walcott juga menyatakan kesediaan untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh semua pihak kepadanya.

“Saya sangat gembira (kekal di Arsenal),” kata Theo Walcott kepada Arsenal Player.

“Untuk 3 perlawanan terakhir sebelum (menentang Chelsea) segalanya sudah selesai tetapi ia sentiasa berada dalam pemikiran saya untuk tempoh masa yang lama kerana ia sangat hampir.”

“Ianya sangat sukar untuk bermain dan halangan besar di pihak saya tetapi saya cuba melakukan yang terbaik dan semoga semua orang gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya sentiasa mahu kekal di sini dan saya sangat gembira di sini di mana kelab telah datang dengan perjanjian.”

“Terdapat spekulasi yang sangat panjang dan saya mengalu-alukan masa depan saya (bersama Arsenal) dimuktmadkan. Segalanya kini sudah berakhir.”

bintang-masa-depan-arsenalMusim ini Walcott berjaya menjaringkan 15 gol dalam 23 perlawanan termasuk ketika Arsenal tewas 2-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge hujung minggu lalu. Penyerang berusia 23 tahun itu mengakui gembira dengan persembahan musim ini yang dianggap terbaik setakat ini. Walcott turut melaungkan impian untuk megikut jejak langkah idolanya Thierry Henry untuk menjadi pengempur yang digeruni suatu hari nanti.

“Saya gembira dengan persembahan 2 musim saya terakhir tetapi musim ini lebih baik, lebih konsisten dan menjaringkan lebih banyak gol dengan banyak sumbangan baik,” kata Walcott lagi.

“Sekalipun (penjaga gol Chelsea) Petr Cech mengatakan itu sentuhan penyudah yang hebat selepas (perlawanan Ahad lalu). Itu kata-kata daripada penjaga gol berkelas dunia dan ia memberi makna yang mendalam.”

“Kini saya mahu membalas kepercayaan kepada semua yang memberi keyakinan dan harapan yang diberikan kepada saya.”

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply