[CORETAN] MUSTAHIL UNTUK DAPATKAN PENGANTI SEPERTI WENGER

arsene-wenger-agm-2012David Dein mengakui sukar untuk mencari penganti kepada Arsene Wenger andai pengurus kelahiran Perancis itu berundur dari Arsenal suatu hari nanti. Bekas naib pengerusi Arsenal dan FA England itu merupakan watak penting yang membawa Arsene Wenger ke Highbury bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Bruce Rioch pada September 1996 meskipun mendapat tentangan daripada ramai pihak.

Falsafah yang diterapkan oleh Arsene Wenger dengan membentuk bakat-bakat muda dan pemain tidak ternama menjadi bintang yang dikenali merupakan sesuatu yang sukar dilakukan oleh pengurus-pengurus kelab bola sepak yang lain. Le Prof berjaya membawa Arsenal menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 trofi Piala FA dan 4 Perisai Komuniti sejak membimbing Arsenal pada Oktober 1996.

“Tiada sesiapa yang selamanya, tidak akan melupakan David-Dein-with-Arsene-Wengerapa yang dia telah lakukan untuk kelab,” David Dein kepada talkSPORT.

“Penyokong tidak akan melupakan apa yang dia lakukan kepada kelab ini. Dia benar-benar mengubah kelab ini. Dia berjaya mengawal kewangan dan kini sudah hampir melunaskan hutang stadium.”

Tambahan pula, kecekapan Wenger dalam pengurusan kewangan menjadikan David dein sangat menghargai kehadiran bekas pengurus AS Monaco dan Nogaya Grampus Eight ini ke Arsenal. Meskipun dengan perbelanjaan yang terhad, Wenger masih mampu untuk mengekalkan prestasi Arsenal menjadi antara kelab yang digeruni di pentas Eropah.

“Dia memiliki skuad yang hebat. Skuad ini layak untuk memenangi kejuaraan dan sesuatu telah berlaku di mana dia masih berusaha walaupun perkara itu tidak mudah. Wenger telah melakukan tugas yang luar biasa. Dia tidak menjadikan kesukaran untuk diikuti tetapi dia menjadikan sesuatu yang mustahil untuk diikuti,” kata David Dein lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply