[CORETAN] KAMI MAHUKAN KEJUARAAN MUSIM INI – JACK WILSHERE

Jack-Wilshere-Swansea-vs- ArsenalJack Wilshere percaya bahawa Arsenal bakal membina asas bagi tahun-tahun kejayaan jika berjaya memenangi kejuaraan musim ini. The Gunners bakal mengharungi perlawanan ulangan Piala FA pada 16 Januari selepas diikat seri 2-2 dengan Swansea di Stadium Liberty hujung minggu lalu. Arsenal turut berjaya melayakan diri dalam saingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah dan Wilshere menegaskan bahawa mereka sudah bersedia untuk memburu kejayaan musim ini.

“Apabila anda menamatkan karier, anda akan memandang ke belakang dan melihat seberapa banyak trofi yang anda telah menangi,” kata Jack Wilshere kepada Arsenal.com.

“Jadi kami mahukannya (kejuaraan) dan kami tahu penyokong-penyokong Arsenal juga mahukannnya.”

“Kami dahagakannya dan mungkin jika kami berjaya menjulang trofi musim ini akan membuka lebih banyak peluang untuk kejuaraan. Kami memiliki barisan pemain-pemain muda yang bagus dan gandingan pemain berpengalaman seperti Arteta dan lain-lain.”

“Jika kami memenangi kejuaraan tahun ini atau beberapa tahun akan datang, kami akan membina sebuah pasukan yang benar-benar mantap dalam masa beberapa tahun mendatang.”

“Ia tidak mudah untuk kami berada di sini untuk menjulang kejuaraan pertama kami tetapi kami tahu berapa sukarnya saingan Piala FA. Kami masih bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah, jadi kami berada di kedudukan terbaik dan kami perlu membuktikannya kemampuan kami.”

Manchester+City+v+Arsenal+23-Sept-2012Pemain muda England yang baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran ke-21 pada 5 Januari lalu terlepas aksi sepanjang musim lalu kerana dibelenggu kecederaan lutut dan buku lali yang serius. Arsenal bakal menghadapi ujian sebenar sepanjang bulan ini apabila akan menentang Manchester City (13 Jan), Swansea (16 Jan), Chelsea (20 Jan), West Ham United (23 Jan) dan Liverpool (31 Jan).

“Kami akan menghadapi perlawanan sukar dan kami tahu tahun ini di England sangat penting (menjulang kejuaraan),” kata pemain tengah Arsenal itu lagi.

“Kami akan berhadapan perlawanan besar Ahad ini dan kami tahu City merupakan sebuah pasukan yang bagus tetapi kami beraksi di laman sendiri jadi kami akan memanfaatkannya.”

“Kami perlukan kemenangan. Kami tidak berada di kedudukan liga yang kami inginkan. Kami mahukan lebih lagi. Kami memiliki satu perlawanan dalam tangan dan kami perlu meraih mata,” kata Wilshere lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply