[CORETAN] JACK WILSHERE MAHU IKUT JEJAK LANGKAH GERRARD

Wilshere_Gerrard_EnglandPemain muda sensasi Arsenal, Jack Wilshere melaungkan hasratnya untuk mengikut jejak pemain Liverpool, Steven Gerrard. Pemain berusia 21 tahun menjadikan lagenda Liverpool itu sebagai inspirasi untuk terus berusaha membantu Arsenal meraih kejuaraan demi kejuaraan pada masa akan datang. Pemain Muda Terbaik PFA 2010/11 ini kembali beraksi bersama The Gunners sejak Oktober lalu selepas diketepikan sepanjang musim lalu kerana kecederaan.

“Inspirasi dari Steven Gerrard adalah role model terbaik. Dia menjadi nadi kepada Liverpool untuk beberapa tahun ini,” kata Jack Wilshere.

“Dia (Gerrard) merupakan pemain yang pentingSteven-Gerrard-replaced-by-Jack-Wilshere di United Kingdom. Dia merupakan seorang contoh terbaik bagi saya.”

“Jika saya hampir menjadi sebaik dia dan memacu pasukan untuk terus mara ke hadapan seperti yang dilakukannya, maka itu yang saya impikan.”

“Dia merupakan seorang pemain yang saya minati sejak saya masih remaja lagi. Dia sudah memiliki 100 caps antarabangsa untuk England. Bagi pemain muda seperti kami, dia merupakan satu penanda aras dalam permainan kami dan cuba untuk menjadi sepertinya.”

Menjelang pertemuan London Derby menentang Chelsea hujung minggu ini, Wilshere optimis dengan kemampuan Arsenal untuk menundukan The Blues di Stamford Bridge sekaligus mengulangi kejayaan 5-3 musim lalu. Skuad bimbingan Arsene Wenger bangkit dari ketinggalan dua kali sebelum membenam cabaran Chelsea menerusi hatrik Robin van Persie serta satu gol oleh Andre Santos dan Theo Walcott.

“Chelsea tidak suka menghadapi kami. Kami berjaya menang 5-3 di sana musim lalu, jadi kami yakin mampu melakukannya dan harus yakin dengan kemampuan diri,” katanya.

“Kami akan menghadapi perlawanan ini dan bermain dengan cara kami kerana kami sedikit ketinggalan dalam carta liga dan kami memerlukan mata.”

Sementara itu, Jack Wilshere nyata gembira dengan kejayaan Arsenal melayakan diri ke pusingan ke-4 selepas menewas Swansea 1-0 di Stadium Emirates semalam. Pemain berusia 21 tahun ini muncul watak penting apabila meledak gol kemenangan Arsenal pada minit ke-87 dan melaungkan tekad untuk membantu The Gunners menjulang kejuaraan Piala FA musim ini sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu.

“Kami mahukan piala ini. Ini merupakan kejohanan besar. Ini merupakan kejuaraan terakhir yang kami menangiĀ  dan kami sangat memberi makna kepada kami dan penyokong-penyokong untuk merangkul kejuaraan ini,” tegas Wilshere lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply