[BULETIN] WENGER MENGENAKAN DENDA BERAT KEPADA PEMAIN

Arsene-Wenger-local-player-more-loyalArsene Wenger menerapkan peraturan disiplin yang ketat di Arsenal dengan mengenakan denda yang besar keada pemain-pemainnya yang melanggar peraturan. Di lokasi latihan rasmi Arsenal (London Colney), pengurus berbangsa Perancis itu telah menampal sekeping notis peraturan yang harus dipatuhi oleh pemain-pemain Arsenal. Hal ini telah tersebar selepas seorang penyokong Arsenal telah mengunjungi London Colney dan mengambil gambar notis tersebut.

Dalam notis tersebut menyatakan bahawa setiap pemain harus membayar denda £1000 jika tidak dalam perlawanan tanpa izin Wenger manakala terlewat hadir ke sesi latihan bakal didenda £500. Kelewatan hadir ke sesi mesyuarat perlawanan/jamuan akan didenda £250 sementara kelewatan menghadiri sesi latihan atau urutan (refleksi) turut dikenakan jumlah denda yang sama. Pemain-pemain juga turut dilarang daripada menerima panggilan telefon dan jika melanggar peraturan bakal didenda £500

Manakala denda terendah ialah untuk kesalahan membawa masuk komputer riba (laptop) ke bilik persalinan, memakai pakai yang tidak sesuai semasa hari perlawanan, meniggalkan kasut outdoor di luar bilik persalinan, serta membawa masuk surat khabar, komputer riba dan telefon bimbit ke bilik rawatan. Sementara itu, pengurusan Arsenal mengesahkan perkara tersebut.

notis-denda-di-London-Colney“Gambar tersebut adalah asli,” kata jurucakap Arsenal mengulas mengenai isu gambar tersebut yang tersebar ke alam maya kepada The Sun.

“Kami memahami bahawa terdapat peminat Arsenal yang dibawa masuk oleh seorang staf melakukan kunjungan peribadi ke tempat latihan. Pengurus menegtahi mengenai gambar itu yang sudah tersebar dan kami sangat gembira. Kami akan meneliti prosedurnya,” katanya lagi.

Jika terdapat pemain yang melanggar peraturan, Wenger akan mengarahkan pertahanan tinggi lampai Jerman, Per Mertesacker sebagai ‘debt collector’ untuk mengutip bayaran denda tersebut daripada rakan-rakan sepasukannya.

Sumber : www.bolanews.com

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply