[BULETIN] THEO WALCOTT PEMAIN TERBAIK BULAN DISEMBER

walcott-ea-sport-player-of-the-month-december-2012Theo Walcott sekali lagi memenangi anugerah rasmi kelab buat kali ketiga musim ini selepas dipilih selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan Disember. Bintang antarabangsa England itu berjaya menjaringkan 4 gol daripada 5 penampilan bersama Arsenal sepanjang bulan lepas termasuk meledak hatrik ketika membantu Arsenal membenam Newcastle United 7-3 di Stadium Emirates pada 29 Disember lalu.

Kepulangan idola Walcott, Thierry Henry yang kembali menjalani latihan bersama Arsenal sempena cuti pra-musim MLS sedikit sebanyak berjaya meningkatkan persembahan bekas pelatih akademi bola sepak Southampton. Pemain kelahiran Stanmore, London turut menjaringkan satu gol ketika Arsenal menewaskan Reading 5-2 di Stadium Madjeski. Theo Walcott muncul selaku penjaring terbanyak Arsenal setakat ini dengan 14 gol daripada 21 perlawanan.

Pemain berusia 23 tahun itu memperolehi 67.1% undian sementara seorang lagi pemain muda England, Jack Wilshere berada di kedudukan kedua dengan 15.7% dan Santi Cazorla yang meledak hatrik ketika menentang Reading berada di tempat ketiga dengan 10.5% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman web rasmi www.arsenal.com.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply