[BULETIN] WALCOTT MUKTAMADKAN PERJANJIAN BERSAMA ARSENAL

Theo-Walcott-sign-new-contract-with-ArsenalSetelah sekian lama dinantikan, Theo Walcott akhirnya menandatangani kontrak baru jangka masa panjang untuk terus kekal di Stadium Emirates sehingga tahun 2016. Penyerang antarabangsa England itu menyertai Arsenal dari Southampton pada Januari 2006 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £9.1 juta. Sehingga kini, Walcott sudah melakukan 244 penampilan dengan menjaringkan 56 gol sepanjang bersana The Gunners.

Pemain berusia 23 tahun itu turut mencipta nama bersama skuad The Three Lions dengan muncul selaku pemain termuda sepanjang zaman yang beraksi bersama skuad utama England ketika berusia 17 tahun dan 75 hari ketika diturunkan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hungary pada 30 Mei 2006 . Theo Walcott sudah memiliki 30 caps antarabangsa serta menjaringkan 4 gol setakat ini.

Pemergian penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie yang menyertai Manchester United pada Ogos lalu menyaksikan Walcott berjaya tampil selaku penjaring terbanyak Arsenal musim ini dengan menjaringkan 14 gol dan menghasilkan 10 assist dalam 24 perlawanan setakat ini. Malah, Walcott turut berjaya menjaringkan 2 hatrik musim ini ketika membantu Arsenal menewaskan Reading dalam saingan Piala Capital One dan Newcastle United pada saingan liga.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger nyata gembira dengan keputusan Walcott menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Perbincangan mengenai kontrak baru pemain antarabangsa England telah dimulakan sejak Ogos lalu namun kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dengan terma kontrak di mana Walcott dilaporkan mahukan gaji bernilai £90,000 seminggu.

“Kami gembira dengan keputusan Theo (Walcott)Theo-Walcott-vs-Coventry-City-2012 yang menandatangani kontrak baru,” kata Wenger.

“Dia (Walcott) menyertai kami sejak berusia 16 tahun dan meningkat dengan baik menjadi antara pemain penting kepada Arsenal dan England.”

“Theo merupakan seorang pemain yang kuat dan seorang yang hebat di mana memiliki gabungan kemahiran dan kepantasan yang menjadi aset utama untuk beraksi dengan berkesan selaku flanker.”

“Persetujuan kontrak lanjutan ini memberi kami kekuatan teras pemain-pemain muda yang komited bersama kelab dan mahu menjulang kejuaraan.”

Terdahulu, 5 pemain muda British – Jack Wilshere, Aaron Ramsey, Oxlade-Chamberlain, Kieran Gibbs dan Carl Jenkinson telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal pada 19 Disember lalu. Penyerang antarabangsa England ini turut menyatakan kegembiraannya apabila memuktamadkan perjanjian kontrak baru bersama Arsenal semalam.

“Saya sangat gembira menandatangani kontrak baru di sini. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terutama pengurus dan semua yang berada dalam kelab ini serta yang paling penting peminat-peminat saya,” kata Theo Walcott.

“Saya mahu membuat keputusan ini sejak awal musim lalu di mana saya mahu kekal di Arsenal. Jadi saya sangat mengalu-alukan apabila kami mencapai persetujuan.”

“Semua orang kini gembira. Tetapi apa paling penting kini ialah untuk merealisasi potensi dan memenangi kejuaraan (bersama Arsenal),” kata penyerang berusia 23 tahun ini lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply