[BULETIN] WALCOTT BAKAL MENANDATANGANI KONTRAK BERSAMA ARSENAL

Bintang England, Theo Walcott dilaporkan bersedia untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama The Gunners dalam minggu depan untuk terus kekal di Stadium Emirates sehingga 2017. Pemain berusia 23 tahun itu semakin hampir mencapai kata sepakat dengan Arsenal di mana kontrak lama Walcott bakal berakhir pada penghujung musim ini. Kecemerlangan Walcott musim ini menyaksikan Wenger mahu terus mengekalkannya dalam perancangan skuad Arsenal pada masa hadapan.

Musim ini, Walcott berjaya meledak 14 gol dalam 21 perlawanan bersama The Gunners dalam semua kejohanan setakat ini dengan mula diberi peranan selaku center foward. Ogos lalu, pemain kelahiran Stanmore, London ini menolak tawaran kontrak selama 5 tahun dan bakal menerima gaji berjumlah £75,000 seminggu namun dilaporkan sedia menerima tawaran baru Arsenal yang bakal menerima gaji bernjumlah £90,000 seminggu serta imbuhan tambahan termasuk bonus bernilai jutaan pound.

Theo Walcott menyertai Arsenal pada 20 Januari 2006 selepas memulakan karier awal Southampton dengan bayaran perpindahan keseluruhan bernilai £9.1 juta. Meskipun Arsenal gagal menjulang kejuaraan sejak 7 musim lalu, namun Walcott dilaporkan tidak terburu-buru untuk mengikut jejak langkah beberapa bintang Arsenal termasuk Robin van Persie, Cesc Fabregas, Alex Song, Samir Nasri, dan Gael Clichy meninggalkan Stadium Emirates.

“Kami masih berbincang. Ia sangat sukar untuk dijangkakan dalam situasi ini tetapi keinginan kami untuk menyelesaikankannya secepat mungkin,” kata Arsene Wenger kepada pemberita ketika ditanya mengenai situasi kontrak Walcott.

Ketika ini, penyerang Arsenal itu menerima £60,000 seminggu dan bakal menjadi ‘free agent’ pada musim panas ini jika Walcott tidak menandatangani kontrak baru. Sementara itu, Chelsea, Manchester United dan Liverpool antara kelab yang dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat bintang antarabangsa England ini.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply